Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
“alat tanah” ertinya apa-apa alat atau jentera yang digunakan bersama dengan traktor tanah berkaitan dengan maksud di mana traktor tanah boleh digunakan di bawah Akta ini;
“anggota Angkatan” ertinya—
(a)
seorang anggota Angkatan Tentera;
(b)
seorang pegawai polis;
(c)
seorang anggota angkatan pelawat dalam erti mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa bagi mengawal selia angkatan pelawat yang berada dengan sah di sisi undang-undang di Malaysia;
“badan awam” ertinya suatu badan yang diisytiharkan oleh
Menteri sebagai suatu badan awam;
“barangan” ertinya apa-apa benda, termasuk ternakan, yang dibawa atas atau di dalam suatu kenderaan motor bagi maksud apa-apa perdagangan atau perniagaan tetapi tidak termasuk—
(a)
kelengkapan yang biasanya digunakan dengan kenderaan itu;
(b)
barang-barang dagangan yang dibawa oleh seseorang di atas atau di dalam kenderaan itu semata-mata bagi maksud dipertunjukkan sebagai sampel;
(c)
barang-barang yang dibawa oleh seseorang di atas atau di dalam kenderaan itu untuk digunakan dalam
Pengangkutan Jalan 15
menjalankan perdagangan, perniagaan atau profesionnya dan bukan untuk jualan;
“bas persiaran” hendaklah mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada ungkapan tersebut dalam Akta Pelesenan
Kenderaan Pelancongan 1999 [Akta 594] dan dalam Jadual Kedua kepada Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715];
“berat tanpa muatan” ertinya berat sesuatu kenderaan termasuk badan dan semua bahagian (yang lebih berat diambil kira jika badan atau bahagian alternatif digunakan) yang perlu bagi, atau biasanya digunakan dengan, kenderaan itu apabila digunakan di atas suatu jalan tetapi tidak termasuk perkakas curai;
“beroda”, berhubungan dengan sesuatu kenderaan motor atau treler, ertinya keseluruhan berat kenderaan itu dipindahkan ke jalan dengan menggunakan roda;
“berunut”, berhubungan dengan sesuatu kenderaan, ertinya kenderaan itu direka bentuk dan dibina sedemikian supaya beratnya dipindahkan ke permukaan jalan sama ada dengan cara runut berterusan atau dengan gabungan roda dan runut berterusan;
“binatang” ertinya mana-mana kuda, kuda kecil, baghal, keldai, kerbau, lembu, kambing biri-biri, babi, kambing atau anjing;
“Dato Bandar” ertinya Dato Bandar Kuala Lumpur yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 [Akta 190]
dibaca bersama seksyen 4 Akta Bandaraya Kuala Lumpur 1971
[Akta 59] dan termasuklah mana-mana pegawai dalam perkhidmatan
Bandaraya Kuala Lumpur yang diberi kuasa secara bertulis oleh
Dato Bandar untuk menjalankan kuasa yang diberi, atau untuk melaksanakan tugas yang dikenakan kepada Dato Bandar oleh Akta ini;
“Datuk Bandar sesuatu Majlis Bandaraya” termasuklah Datuk
Bandar sesuatu Bandaraya dan “Datuk Bandar” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;
“ditetapkan”, jika tiada cara disebutkan, ertinya ditetapkan melalui kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini;
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
“had berat maksimum dengan muatan yang dibenarkan” ertinya berat seperti yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah sebagai berat dengan muatan yang sesuai bagi sesuatu kenderaan tertentu yang menggunakan jalan;
“hari ditetapkan” ertinya hari yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 1 bagi mula berkuat kuasanya mana-mana
Bahagian atau peruntukan Akta ini;
“imej yang dirakamkan” ertinya mana-mana imej tampak (sama ada pegun atau bergerak)
yang dirakamkan, diungkapkan, digambarkan atau tidak kira bagaimana jua sekali pun dilambangkan, termasuk apa-apa maklumat yang dinyatakan di dalamnya;
“isyarat lalu lintas” termasuklah segala isyarat, tiang isyarat amaran, tiang arahan, isyarat, tanda atau alat yang didirikan atau disediakan pada atau berhampiran dengan jalan untuk pengetahuan, panduan atau menunjukkan arahan kepada orang yang menggunakan jalan;
“Jabatan Pengangkutan Jalan” ertinya Jabatan yang ditadbirkan oleh Ketua Pengarah;
“jalan” ertinya—
(a)
mana-mana jalan awam dan mana-mana jalan lain yang mana orang awam mempunyai akses dan termasuklah jambatan, terowong, hentian sebelah, kemudahan feri, jalan bertingkat, bulatan jalan, pulau lalu lintas, pembahagi jalan, segala lorong lalu lintas, lorong laju, lorong perlahan, bahu jalan, garis tengah, jejambat, jalan tembok, jalan tuju, landasan masuk dan keluar, plaza tol, kawasan khidmat dan struktur dan lekapan lain bagi memberi kesan sepenuh kepada penggunaannya;
(b)
bagi maksud seksyen 70 dan 85, adalah juga termasuk sesuatu jalan yang sedang dalam pembinaan; dan
(c)
bagi maksud seksyen 41, 42, 43, 44, 45 dan 45A, termasuk juga tempat letak kereta;
Pengangkutan Jalan 17
“kebankrapan” termasuklah ketidaksolvenan yang akibatnya suatu perintah mentadbirkan pemakan gaji telah dibuat di bawah undang-undang yang berhubungan dengan kebankrapan;
“kegunaan” ertinya kegunaan di atas mana-mana jalan;
“kemalangan” ertinya suatu kemalangan atau kejadian di mana kerosakan atau kecederaan dilakukan terhadap mana-mana orang, harta, kenderaan, struktur atau binatang;
“kenderaan” ertinya suatu struktur yang boleh bergerak atau digerakkan atau digunakan bagi membawa mana-mana orang atau benda dan yang bersentuhan dengan permukaan bumi apabila bergerak;
“kenderaan barangan” hendaklah mempunyai erti yang sama seperti yang diberi kepada ungkapan tersebut dalam Akta Lembaga
Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 [Akta 334] dan Akta
Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715];
“kenderaan mikromobiliti” ertinya mana-mana kenderaan yang dipacu oleh sumber elektrik, enjin pembakaran dalam atau kuasa manusia atau gabungan sumber elektrik, enjin pembakaran dalam atau kuasa manusia, dan mempunyai kelajuan maksimum 50 km/j;
“kenderaan motor elektrik” ertinya kenderaan motor yang dipacu oleh sumber elektrik dan tidak termasuk kenderaan mikromobiliti;
“kenderaan motor” ertinya kenderaan daripada apa-apa perihalan, yang didorongi oleh jentera mekanisme yang terkandung di dalam badan kenderaan itu dan dibina atau disesuaikan supaya dapat digunakan di atas jalan, dan termasuklah treler;
“kenderaan perdagangan” hendaklah mempunyai erti yang sama seperti yang diberi kepada ungkapan tersebut dalam Akta Lembaga
Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987;
“kenderaan perkhidmatan awam”
hendaklah mempunyai pengertian yang sama seperti yang diberikan kepada ungkapan tersebut dalam Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010;
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
“Kerajaan” ertinya Kerajaan Persekutuan atau mana-mana
Kerajaan Negeri;
“kesalahan berjadual” ertinya suatu kesalahan yang ditetapkan di bawah Jadual Pertama;
“kesalahan yang dirakamkan melalui kamera” ertinya suatu kesalahan yang ditetapkan di bawah Jadual Kedua;
“Ketua Pegawai Polis” ertinya mana-mana pegawai polis yang diberi kuasa oleh Ketua Polis Negara untuk mengawal Polis Di Raja
Malaysia berkenaan dengan mana-mana kawasan atau negeri di bawah seksyen 6 Akta Polis 1967 [Akta 344] dan dinamakan sedemikian oleh Ketua Polis Negara;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah bagi Pengangkutan
Jalan yang dilantik di bawah seksyen 3;
“konduktor” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 56
untuk bertindak sebagai konduktor bagi sesuatu kenderaan perkhidmatan awam;
“lalu lintas” termasuklah kenderaan mikromobiliti, kenderaan motor, kereta trem, kenderaan daripada setiap jenis, pejalan kaki, perarakan, kumpulan polis atau tentera dan segala binatang yang ditunggang, digembala atau diheret;
“lapangan terbang” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Penerbangan Awam 1969 [Akta 3];
“Lembaga Lebuhraya” ertinya pertubuhan yang diperbadankan di bawah seksyen 3 Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan)
1980 [Akta 231];
“lesen belajar memandu” ertinya lesen memandu yang diberikan kepada mana-mana orang untuk belajar memandu dari segi teori dan amali dan kemudiannya diuji mengikut ujian kekompetenan yang ditetapkan;
“lesen memandu” ertinya lesen untuk memandu kenderaan-kenderaan motor yang diberi atau disifatkan sebagai diberi di bawah Bahagian II
Pengangkutan Jalan 19
dan termasuklah lesen belajar memandu dan lesen memandu percubaan yang diberi di bawah seksyen 29;
“lesen memandu percubaan” ertinya lesen bagi suatu tempoh percubaan selama dua tahun yang diberikan kepada mana-mana orang yang telah lulus ujian kekompetenan yang ditetapkan;
“lesen vokasional” ertinya lesen untuk memandu atau bertindak sebagai konduktor yang diberikan di bawah seksyen 56 dan 57;
“Majlis Bandaraya” termasuklah Majlis sesuatu Bandaraya dan sesuatu Bandaraya;
“Majlis Perbandaran” ertinya Majlis Perbandaran bagi suatu kawasan pihak berkuasa tempatan yang telah diisytiharkan dan ditentukan mengikut perenggan 3(d) Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], perenggan 6(1)(cc) Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 [Sabah No. 11
tahun 1991] dan perenggan 3(1)(e) Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan 1996 [Sarawak Bab 20];
“meletak kereta” ertinya membawa suatu kenderaan motor ke keadaan yang tidak bergerak dan menyebabkannya menunggu bagi apa-apa maksud selain mengambil atau menurunkan dengan serta-merta orang, barangan atau bagasi;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengangkutan;
“mesin penimbang” termasuklah mesin penimbang mudah alih, mesin penimbang statik dan sistem penimbang semasa bergerak elektronik atau berkomputer;
“pegawai pengangkutan jalan” ertinya mana-mana pegawai yang dilantik menjadi pegawai pengangkutan jalan di bawah seksyen 3;
“pegawai polis” termasuklah seorang pegawai polis tambahan, pegawai polis simpanan sukarela atau pegawai polis pembantu yang dilantik di bawah Akta Polis 1967;
“pemandu” ertinya orang yang pada masa itu sedang memandu sesuatu kenderaan motor dan, dalam hal sesuatu kenderaan motor
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
yang tidak bergerak, termasuklah orang yang pada masa itu bertanggungjawab bagi memandu kenderaan motor itu;
“pemandu pelancong” hendaklah mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada ungkapan tersebut dalam Akta Industri
Pelancongan 1992 [Akta 482];
“pembawaan barangan” termasuklah penghelaan barangan;
“pemunya”—
(a)
berhubungan dengan sesuatu kenderaan motor yang didaftarkan atau disifatkan sebagai didaftarkan di bawah
Akta ini, ertinya pemunya berdaftar kenderaan tersebut; dan
(b)
berhubungan dengan apa-apa kenderaan motor yang lain, ertinya orang yang memiliki atau sedang mengguna atau yang berhak mengguna kenderaan motor itu;
“pemunya berdaftar” ertinya orang yang didaftarkan sebagai pemunya kenderaan motor di bawah perenggan 11(1)(b);
“pengamal perubatan berdaftar” ertinya pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50];
“Pengarah” ertinya Pengarah bagi Pengangkutan Jalan yang dilantik di bawah seksyen 3;
“Pengerusi Majlis Perbandaran” ertinya Pengerusi sesuatu Majlis
Perbandaran yang disebut dalam seksyen 2 Ordinan Kerajaan
Tempatan 1961 [Sabah No. 11 tahun 1991] dan subseksyen 2(1)
Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan 1996 [Sarawak Bab 20] dan termasuklah Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran itu;
“penumpang”—
(a)
berhubungan dengan seseorang yang dibawa dengan sesuatu kenderaan perkhidmatan awam, tidak termasuk pemandu atau konduktor atau mana-mana pemeriksa tiket yang berada di atas kenderaan itu dalam menjalankan tugasnya;
Pengangkutan Jalan 21
(b)
berhubungan dengan orang yang dibawa dengan kenderaan barangan tidak termasuk pemandu atau mana-mana kelindan yang dikehendaki oleh undang-undang supaya dibawa dengan kenderaan tersebut;
(ba) berhubungan dengan orang yang dibawa dengan bas persiaran, tidak termasuk pemandu atau mana-mana pemandu pelancong yang berada dalam bas persiaran itu dalam menjalankan tugasnya; dan
(c)
berhubungan dengan sesuatu kereta persendirian, tidak termasuk pemandu;
“perakuan insurans” termasuklah nota perlindungan;
“perakuan pendaftaran” termasuklah buku pendaftaran;
“Perbadanan Putrajaya” ertinya Perbadanan Putrajaya yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Perbadanan Putrajaya 1995;
“Pesuruhjaya Polis” ertinya Pesuruhjaya yang dilantik di bawah seksyen 5 Akta Polis 1967;
“Presiden” ertinya Presiden Perbadanan Putrajaya yang dilantik di bawah seksyen 5 Akta Perbadanan Putrajaya 1995 [Akta 536];
“syarikat”
termasuklah mana-mana syarikat sebagaimana ditakrifkan dalam *Akta Syarikat 1965 [Akta 125], mana-mana syarikat yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, mana-mana perbadanan yang diperbadankan menurut undang-undang, dan mana-mana firma atau perkongsian;
“tempat letak kereta” ertinya suatu tempat yang diasingkan sebagai tempat di mana kenderaan motor atau mana-mana kelas atau perihalan kenderaan motor yang dinyatakan diletak;
“Timbalan Ketua Pengarah” ertinya Timbalan Ketua Pengarah bagi Pengangkutan Jalan yang dilantik di bawah seksyen 3;
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
“Timbalan
Pengarah”
ertinya
Timbalan
Pengarah bagi
Pengangkutan Jalan yang dilantik di bawah seksyen 3;
“treler” hendaklah mempunyai erti yang sama seperti yang diberi kepadanya dalam subseksyen 5(1);
“traktor tanah” ertinya suatu traktor motor yang direka bentuk dan digunakan terutamanya bagi mengusahakan tanah berkaitan dengan pertanian, penanaman atau perhutanan, meratakan tanah, pengaliran, mengorek atau kerja-kerja yang seumpamanya, yang dipandu di atas jalan hanya apabila berulang-alik dari dan ke tempat kerja dan apabila dipandu sedemikian tidak menarik apa-apa selain alat tanah;
“warden lalu lintas” ertinya mana-mana orang yang dilantik sebagai warden lalu lintas oleh Dato Bandar, Perbadanan Putrajaya,
Datuk Bandar sesuatu Majlis Bandaraya, Yang Dipertua Majlis
Perbandaran atau Pengerusi Majlis Perbandaran di bawah seksyen 3;
“Yang Dipertua Majlis Perbandaran” ertinya Yang Dipertua sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Kerajaan
Tempatan 1976 [Akta 171].
Pelantikan