Malaysia legislation

Section 30

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 30

(2)

Jika daripada akuan itu didapati bahawa pemohon menghidap suatu penyakit atau ketidakdayaan seperti yang tersebut dahulu,

Pengarah boleh enggan memberikan lesen memandu kepadanya:

Dengan syarat bahawa—

(a)

suatu lesen memandu yang terhad kepada pemanduan sesuatu kenderaan orang cacat boleh diberikan kepada

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

pemohon jika Pengarah berpuas hati bahawa dia layak memandu kenderaan itu;

(b)

pemohon boleh kecuali dalam hal apa-apa penyakit dan ketidakdayaan yang ditetapkan, setelah dibayar fi yang ditetapkan, menuntut supaya dikenakan suatu ujian oleh seorang pengamal perubatan berdaftar tentang kelayakan atau kebolehannya memandu kenderaan motor daripada apa-apa kelas atau perihalan yang dia boleh dibenarkan memandu menurut lesen memandu itu, dan jika dia lulus ujian yang ditetapkan itu dan selainnya tidak hilang kelayakannya, maka lesen memandu itu tidak boleh ditolak semata-mata oleh sebab peruntukan subseksyen ini dengan syarat, bahawa jika ujian itu membuktikan kelayakannya untuk memandu hanya kenderaan motor daripada pembinaan atau reka bentuk tertentu atau dalam hal keadaan tertentu lesen memandu itu hendaklah terhad kepada pemanduan kenderaan itu atau kepada pemanduan kenderaan motor daripada pembinaan dan reka bentuk itu atau dalam hal keadaan itu.

(3)

Jika pemegang sesuatu lesen memandu, berikutan dengan pengeluarannya dan dalam masa tempoh-sah lesen itu, mengetahui yang dia menghidap sesuatu penyakit atau ketidakdayaan sebagaimana ditetapkan atau jika dia mengetahui yang dia akan menghidap sesuatu penyakit atau ketidakdayaan jasmani yang mungkin menyebabkan pemanduannya akan sesuatu kenderaan motor, iaitu sesuatu kenderaan daripada apa-apa kelas atau perihalan yang dia dibenarkan memandu menurut lesen memandu itu, menjadi suatu punca bahaya kepada orang awam, maka pemegang itu hendaklah dengan serta-merta menyerahkan balik lesen memandunya kepada Pengarah untuk pembatalan.

(4)

Jika Pengarah mendapati ada sebab bagi mempercayai bahawa mana-mana pemegang lesen memandu menghidap sesuatu penyakit atau ketidakdayaan jasmani yang mungkin menyebabkan pemanduannya akan suatu kenderaan motor, iaitu suatu kenderaan daripada apa-apa kelas atau perihalan yang dia dibenarkan memandu menurut lesen memandu itu, menjadi suatu punca bahaya kepada orang awam dan, selepas menjalankan apa-apa siasatan yang

Pengangkutan Jalan 59

difikirkannya perlu, Pengarah berpuas hati bahawa pemegang lesen itu sebenarnya menghidap sesuatu penyakit atau ketidakdayaan seperti yang tersebut dahulu sama ada atau tidak pemegang lesen yang menghidap penyakit sedemikian seperti tersebut dahulu telah terdahulunya lulus suatu ujian di bawah seksyen ini, Pengarah boleh, selepas memberikan kepada pemegang lesen itu notis tentang cadangannya hendak berbuat demikian, membatalkan lesen memandu itu dan pemegang lesen itu hendaklah, setelah menerima notis tersebut, menyerahkan lesen memandu itu kepada Pengarah untuk pembatalan:

Dengan syarat bahawa pemegang lesen boleh, kecuali dalam hal apa-apa penyakit dan ketidakdayaan sebagaimana ditetapkan, menuntut dikenakan suatu ujian tentang kesihatan atau ketidakdayaannya memandu sesuatu kenderaan motor, dan jika dia lulus ujian itu lesen memandu itu tidak akan dibatalkan atau, jika lesen itu telah pun dibatalkan, hendaklah dikembalikan kepada pemegang lesen dan pembatalan lesen itu hendaklah dihapuskan.

Hilang kelayakan kerana kesalahan