Malaysia legislation

Section 31

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 31

(a)

boleh dalam apa-apa hal, kecuali jika diperuntukkan dengan nyata selainnya oleh Bahagian ini, dan hendaklah jika dikehendaki sedemikian oleh

Bahagian ini, memerintahkan supaya orang itu dihilangkan kelayakannya daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu bagi seumur hidup atau selama tempoh yang difikirkan patut oleh mahkamah; dan

(b)

boleh dalam apa-apa hal, dan hendaklah jika menurut kuasa sesuatu sabitan, seseorang itu hilang kelayakannya daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu atau jika suatu perintah yang menghilangkan kelayakan seseorang sedemikian dibuat, atau jika dikehendaki sedemikian oleh

Bahagian ini, memerintahkan supaya butir-butir mengenai sabitan itu dan apa-apa hilang kelayakan yang baginya orang

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

yang disabitkan itu tertakluk hendaklah diendorskan pada mana-mana lesen memandu yang dipegang oleh pesalah itu:

Dengan syarat bahawa, jika difikirkan patut oleh mahkamah, apa-apa hilang kelayakan yang dikenakan di bawah seksyen ini boleh dihadkan kepada pemanduan sesuatu kenderaan motor daripada kelas atau perihalan yang sama seperti kenderaan motor yang mengenainya kesalahan itu dilakukan.

(2)

Seseorang yang menurut kuasa suatu perintah mahkamah di bawah Bahagian ini dihilangkan kelayakannya daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu boleh merayu terhadap perintah itu mengikut cara yang sama seperti rayuan terhadap sesuatu sabitan, dan mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, sementara menantikan keputusan rayuan itu, menggantung kuat kuasa perintah itu.

Penggantungan lesen memandu apabila hilang kelayakan