Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
(2)
Sesuatu lesen memandu yang digantung menurut kuasa Bahagian ini tidak boleh berkuat kuasa dalam tempoh penggantungan itu.
(3)
Jika mana-mana orang yang dihilangkan kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu di bawah
Bahagian ini memohon atau mendapatkan suatu lesen memandu semasa dia dihilangkan kelayakan sedemikian, atau jika mana-mana orang itu semasa dia dihilangkan kelayakan sedemikian, memandu sesuatu kenderaan motor atau, jika hilang kelayakan itu dihadkan kepada pemanduan sesuatu kenderaan motor daripada kelas atau perihalan tertentu, memandu sesuatu kenderaan motor daripada kelas atau perihalan tersebut, maka orang itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—
(a)
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun; atau
Pengangkutan Jalan 61
(b)
didenda tidak melebihi lima ribu ringgit jika mahkamah, setelah memberikan perhatian tentang hal keadaan khas kes itu, memikirkan bahawa tidak perlu dipenjarakan bagi kesalahan itu.
(4)
Sesuatu lesen memandu yang didapatkan oleh orang yang dihilangkan kelayakan seperti tersebut dahulu adalah tidak berkuat kuasa.
(5)
Bagi maksud seksyen ini, rujukan kepada sesuatu sabitan atau perintah termasuk rujukan mengenai sabitan atau perintah di bawah
Bahagian ini dan mengenai apa-apa sabitan atau perintah di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang bersamaan di Republik Singapura.
Permohonan untuk menghapuskan hilang kelayakan