Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
(2)
Jika sesuatu mahkamah memerintahkan supaya butir-butir mengenai apa-apa sabitan atau mengenai apa-apa kehilangan kelayakan yang kepadanya orang yang disabitkan itu tertakluk diendorskan—
(a)
dalam hal orang yang disabitkan itu pada masa itu ialah pemegang sesuatu lesen memandu, pengendorsan itu hendaklah disifatkan telah dibuat jika butir-butir yang dikehendaki supaya diendorskan pada lesen memandu itu telah dimasukkan ke dalam pangkalan data yang disenggarakan oleh atau bagi pihak Ketua Pengarah mengenai lesen memandu yang diberikan di bawah Akta ini dan pemegang lesen memandu itu; dan
(b)
dalam hal orang yang disabitkan itu pada masa itu bukan seorang pemegang lesen, Ketua Pengarah hendaklah mengendorskan hilang kelayakan untuk mendapatkan lesen memandu di bawah seksyen 38.
(3)
(Dipotong oleh Akta A1391).
(4)
(Dipotong oleh Akta A1391).
(5)
Jika suatu perintah telah dibuat berkenaan dengan mana-mana orang di bawah Bahagian ini yang menghendaki pengendorsan mana-mana lesen memandu yang dipegang olehnya, maka orang itu berhak, sama ada apabila memohon pemberian suatu lesen di bawah Bahagian ini atau, tertakluk kepada pembayaran fi yang ditetapkan, apabila memohon pada bila-bila masa, dikeluarkan kepadanya suatu lesen memandu baharu yang bebas daripada pengendorsan—
Pengangkutan Jalan 63
(a)
jika dalam tempoh berterusan selama tiga tahun atau lebih semenjak perintah itu dibuat, tiada apa-apa perintah selanjutnya dibuat terhadapnya, atau tiada apa-apa perintah selain suatu perintah yang dibuat lebih dari satu tahun sebelum tarikh permohonannya dan semata-mata oleh sebab sesuatu sabitan atas kesalahan kerana memandu kenderaan motor dengan kelajuan yang lebih daripada had laju; atau
(b)
jika perintah itu dibuat semata-mata oleh sebab sabitan seperti yang tersebut dahulu dan, sebelum sahaja perintah itu dibuat dia telah menjadi pemegang, atau berhak dikeluarkan kepadanya, suatu lesen memandu yang bebas daripada apa-apa pengendorsan kecuali bagi butir-butir berhubungan dengan sesuatu sabitan seperti yang tersebut dahulu, dan jika dia telah, dalam tempoh berterusan selama satu tahun atau lebih sejak perintah itu dibuat, tidak mendapat apa-apa perintah yang menghendaki pengendorsan dibuat terhadapnya:
Dengan syarat bahawa dalam menghitungkan tempoh yang berterusan masing-masingnya selama tiga tahun dan satu tahun yang tersebut itu, sesuatu tempoh yang mana pemohon menurut kuasa perintah itu, telah dihilangkan kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen, hendaklah tidak dimasukkan.
(6)
(Dipotong oleh Akta A1391).
(7)
(Dipotong oleh Akta A1391).
(8)
Jika atas sesuatu rayuan terhadap mana-mana perintah sedemikian rayuan tersebut dibenarkan atau jika mana-mana sabitan itu dibatalkan, mahkamah yang membenarkan rayuan itu atau yang membatalkan sabitan itu hendaklah menghantarkan notis mengenainya kepada Pengarah yang memberikan lesen itu, dan
Pengarah atau pegawai mahkamah yang lain hendaklah, mengikut mana yang perlu, membatalkan atau meminda apa-apa pengendorsan pada lesen memandu yang berkenaan itu.
64 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
Pengendorsan jika lesen memandu terkandung dalam kad atau peranti elektronik pelbagai guna