Malaysia legislation

Section 35

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 35

(2)

Bagi maksud membuktikan bahawa adalah tidak menjadi kepentingan untuk keselamatan awam bagi seseorang itu memegang suatu lesen memandu atau bahawa orang itu tidak kompeten untuk memandu sesuatu kenderaan motor, Menteri boleh membuat kaedah-kaedah menetapkan suatu sistem pemberian mata terhadap seseorang kerana melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau seseorang yang dikenakan kompaun di bawah Akta ini dan telah membayar kompaun itu:

Dengan syarat bahawa kaedah-kaedah sedemikian boleh membuat peruntukan, jika mata telah diberi terhadap mana-mana orang, bagi suatu skim untuk mata itu dikurangkan atas alasan kelakuan baik dan kebiasaan orang itu sebagai seorang pemandu sesuatu kenderaan motor bagi suatu tempoh tertentu dan bagi menghendaki orang itu menjalankan apa-apa kursus sebagaimana ditetapkan oleh Ketua Pengarah.

(3)

Kaedah-kaedah yang dibuat di bawah subseksyen (2) hendaklah menyatakan jumlah mata maksimum yang akan diberikan terhadap seseorang sebelum boleh dibuktikan bahawa tidak menjadi kepentingan untuk keselamatan awam bagi orang itu memegang suatu lesen memandu atau bahawa orang itu tidak kompeten untuk memandu sesuatu kenderaan motor.

(4)

Kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah oleh seksyen ini untuk menggantung lesen memandu seseorang boleh dijalankan pada bila-bila masa selepas jumlah mata maksimum yang disebut dalam subseksyen (3), diberikan terhadap orang itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.

(4A)

Kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah untuk membatalkan lesen memandu seseorang di bawah seksyen ini hendaklah dijalankan pada masa selepas lesen memandu orang itu digantung di bawah subseksyen (4) bagi kali ketiga dalam tempoh lima tahun.

(5)

(Dipotong oleh Akta A973).

(6)

Jika seseorang itu dihilangkan kelayakan melalui suatu perintah mahkamah daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu bagi apa-apa tempoh masa sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, tiap-tiap mata yang diberikan terhadapnya

66 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

di bawah kaedah-kaedah yang dibuat di bawah subseksyen (2)

hendaklah kemudiannya dibatalkan.

(7)

(Dipotong oleh Akta A973).

(8)

(Dipotong oleh Akta A1512).

(8A)

(Dipotong oleh Akta A1512).

(9)

Bagi maksud-maksud seksyen ini, “lesen memandu” tidaklah termasuk lesen memandu percubaan.

Kuasa Ketua Pengarah untuk membatalkan lesen memandu percubaan