Malaysia legislation
Section 35A
Seksyen 35A
Pengangkutan Jalan 65
(2)
Bagi maksud membuktikan bahawa adalah tidak menjadi kepentingan untuk keselamatan awam bagi seseorang itu memegang suatu lesen memandu atau bahawa orang itu tidak kompeten untuk memandu sesuatu kenderaan motor, Menteri boleh membuat kaedah-kaedah menetapkan suatu sistem pemberian mata terhadap seseorang kerana melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa kaedah yang dibuat di bawahnya atau seseorang yang dikenakan kompaun di bawah
Akta ini dan telah membayar kompaun itu:
Dengan syarat bahawa kaedah-kaedah sedemikian boleh membuat peruntukan bagi menghendaki orang itu menjalani apa-apa kursus sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah.
Pengangkutan Jalan 67
(3)
Kaedah-kaedah yang dibuat di bawah subseksyen (2)
hendaklah menyatakan jumlah mata maksimum yang akan diberikan terhadap seseorang sebelum boleh dibuktikan bahawa adalah tidak menjadi kepentingan untuk keselamatan awam bagi orang itu memegang suatu lesen memandu atau bahawa orang itu tidak kompeten untuk memandu sesuatu kenderaan motor.
(4)
Kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah oleh seksyen ini untuk membatalkan lesen memandu percubaan seseorang hendaklah dijalankan pada masa selepas jumlah mata maksimum yang disebut dalam subseksyen (3) diberikan terhadap orang itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.
(5)
Jika seseorang itu yang lesen memandu percubaannya dibatalkan hilang kelayakan melalui suatu perintah mahkamah daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu bagi apa-apa tempoh masa sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, tiap-tiap mata yang diberikan terhadapnya di bawah kaedah-kaedah yang dibuat di bawah subseksyen (2) hendaklah kemudiannya dibatalkan.
(6)
(Dipotong oleh Akta A1512).
(7)
(Dipotong oleh Akta A1512).
Kuasa untuk menggantung lesen memandu penagih dadah