Malaysia legislation

Section 36

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 36

(2)

Jika Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa seseorang yang lesennya pada bila-bila masa telah digantung di bawah subseksyen (1) masih menjadi atau tidak berhenti daripada menjadi penagih dadah pada bila-bila masa selepas tempoh penggantungannya itu, maka Ketua Pengarah hendaklah menghilangkan kelayakan orang itu untuk memegang atau mendapatkan lesen memandu.

68 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

(3)

Bagi maksud seksyen ini, seorang pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau Pegawai Pemulihan hendaklah, apabila mana-mana orang yang disyaki menjadi penagih dadah ditangkap atau secara sukarela menyerah diri, menahan mana-mana lesen memandu yang dipunyai oleh orang itu sehingga orang itu diperakui sebagai penagih dadah.

(4)

Apabila seorang pengamal perubatan kerajaan memperakukan bahawa orang itu adalah penagih dadah, pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau Pegawai Pemulihan itu hendaklah, dalam tempoh dua minggu selepas pemerakuan itu, memberitahu sedemikian dan menyerahkan lesen memandu itu kepada Ketua Pengarah yang hendaklah dengan serta-merta memberitahu penagih dadah itu secara bertulis mengenai niat untuk menggantung atau menghilangkan kelayakan itu.

(4A)

Subseksyen (3) dan (4) yang berhubungan dengan penyerahan sesuatu lesen memandu yang ditahan di bawah subseksyen (3) tidak terpakai bagi lesen memandu yang terkandung di dalam kad atau peranti elektronik pelbagai guna.

(5)

Penggantungan atau kehilangan kelayakan itu hendaklah berkuat kuasa pada tarikh yang orang itu diperakukan sebagai penagih dadah.

(6)

Jika seseorang memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa dia bukan lagi seorang penagih dadah, Ketua Pengarah hendaklah menghapuskan penggantungan atau kehilangan kelayakan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan mengembalikan kepada orang itu mana-mana lesen memandu yang ditahan di bawah seksyen ini.

(7)

Dalam seksyen ini, “Pegawai Pemulihan” dan “penagih dadah”

hendaklah mempunyai pengertian yang sama seperti dalam Akta

Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 [Akta 283].

Penggantungan atau pembatalan lesen memandu