Malaysia legislation

Section 38

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 38

(2)

Ketua

Pengarah hendaklah, apabila tamatnya tempoh penggantungan, pembatalan atau kehilangan kelayakan itu, dengan serta-merta mengeluarkan maklumat mengenai penggantungan, pembatalan atau kehilangan kelayakan itu dari pangkalan data.

(3)

Mana-mana orang yang lesen memandunya telah digantung atau dibatalkan atau dihilangkan kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak boleh, semasa tempoh penggantungan, pembatalan atau kehilangan kelayakan itu memandu suatu kenderaan motor di jalan di bawah apa-apa lesen memandu lain yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa atau mendapatkan lesen memandu.

70 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

(4)

Mana-mana orang yang memandu kenderaan motor di atas jalan bertentangan dengan subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada tiga ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.

Memandu dan Kesalahan Yang Berkaitan Dengannya

Sekatan ke atas pemanduan oleh orang muda