Malaysia legislation

Section 39

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 39

(2)

Tiada seorang yang berumur kurang daripada tujuh belas tahun boleh memandu suatu kenderaan motor selain motosikal atau kenderaan orang cacat di jalan.

(3)

Tiada seorang yang berumur kurang daripada dua puluh satu tahun boleh memandu suatu traktor berat, traktor ringan, jentera bergerak berat, jentera bergerak ringan, motokar berat atau kenderaan perkhidmatan awam di jalan:

Dengan syarat bahawa jika sesuatu traktor digunakan semata-mata sebagai penggerak utama bagi jentera atau alat yang digunakan untuk penggemburan tanah, seseorang yang berumur lebih daripada lapan belas tahun, yang dilesenkan memandu motokar, boleh memandu traktor itu di jalan bagi maksud menggerakkannya dari suatu kawasan tanaman ke suatu kawasan tanaman yang lain.

(4)

Seseorang yang dilarang oleh seksyen ini dengan sebab umurnya daripada memandu suatu kenderaan motor atau suatu kenderaan motor daripada apa-apa kelas hendaklah bagi maksud

Bahagian ini dihilangkan kelayakan daripada memegang atau mendapatkan mana-mana lesen memandu selain suatu lesen untuk memandu apa-apa kenderaan motor, jika ada, yang dia tidak ditegah daripada memandu oleh seksyen ini.

(5)

Mana-mana orang yang memandu, atau menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang memandu, suatu kenderaan motor dengan melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan

Pengangkutan Jalan 71

apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Melebihi had laju

Section 39 — ROAD TRANSPORT ACT 1987 | mylaw.my