Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(2)
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai pengawasan dan arahan am bagi segala perkara berhubungan dengan pengangkutan jalan di seluruh Malaysia.
(3)
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan—
(a)
pakaian seragam dan tanda pangkat bagi mana-mana pegawai pengangkutan jalan; dan
Pengangkutan Jalan 23
(b)
kad kuasa dan lencana yang akan dibawa oleh mana-mana pegawai pengangkutan jalan.
(4)
Dato Bandar boleh melantik sekian bilangan orang dalam perkhidmatan Bandaraya Kuala Lumpur sebagaimana difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi maksud Akta ini untuk menjadi warden lalu lintas dan boleh, setelah berunding dengan Ketua Polis Negara, menetapkan pakaian seragam bagi pegawai tersebut.
(4A)
Perbadanan Putrajaya boleh melantik apa-apa bilangan orang dalam perkhidmatan Perbadanan Putrajaya sebagaimana difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi maksud Akta ini untuk menjadi warden lalu lintas dan boleh, setelah berunding dengan Ketua Polis Negara, menetapkan pakaian seragam bagi pegawai tersebut.
(4B)
Datuk Bandar sesuatu Majlis Bandaraya, Yang Dipertua
Majlis Perbandaran atau Pengerusi Majlis Perbandaran boleh melantik sekian bilangan orang dalam perkhidmatan Majlis
Bandaraya atau Majlis Perbandaran sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi maksud Akta ini untuk menjadi warden lalu lintas dan boleh, setelah berunding dengan Ketua Polis Negara, menetapkan pakaian seragam bagi pegawai tersebut.
(5)
Ketua
Pengarah hendaklah melaksanakan tugas dan menjalankan hak dan kuasa yang dipertanggungkan dan diberikan kepadanya oleh Akta ini.
(6)
Ketua Pengarah, semua pegawai pengangkutan jalan, dan semua warden lalu lintas yang dilantik di bawah seksyen ini, dan semua pegawai awam dan pegawai Pihak Berkuasa yang diberi kuasa di bawah seksyen 88D hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam bagi maksud Bab X Kanun Keseksaan [Akta 574].
(7)
Ketua Pengarah hendaklah mempertugaskan seorang Pengarah bagi tiap-tiap kawasan pendaftaran atau tiap-tiap bahagian Jabatan
Pengangkutan Jalan.
(8)
Suatu pemberitahuan dalam Warta mengenai pelantikan seseorang pegawai pengangkutan jalan atau warden lalu lintas hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa orang tersebut telah dilantik sedemikian.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
(9)
Mana-mana pegawai yang dilantik di bawah mana-mana
Ordinan yang dimansuhkan oleh Akta ini dan memegang jawatan pada tarikh sebelum hari ditetapkan, hendaklah terus memegang jawatan itu dan hendaklah disifatkan sebagai pegawai pengangkutan jalan atau warden lalu lintas, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah seksyen ini.
Pemberikuasaan kepada Datuk Bandar, Yang Dipertua Majlis
Perbandaran, Pengerusi Majlis Perbandaran, pegawai Majlis
Bandaraya atau Majlis Perbandaran, dsb.