Malaysia legislation
Section 3A
Seksyen 3A
(2)
Perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh mengehadkan kuasa yang akan diberikan kepada dan tugas yang akan dilaksanakan oleh Datuk Bandar dan pegawai atau orang dalam perkhidmatan Majlis Bandaraya itu.
(3)
Apabila dibuat pemberikuasaan di bawah subseksyen (1),
Datuk Bandar dan pegawai atau orang dalam perkhidmatan Majlis
Bandaraya itu boleh menjalankan kuasa yang diberikan dan melaksanakan tugas yang dikenakan oleh Akta ini ke atas Dato Bandar atau warden lalu lintas, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-olah—
(a)
sebutan mengenai “Dato Bandar” ialah sebutan mengenai
Datuk Bandar Majlis Bandaraya itu;
(b)
sebutan mengenai
“pegawai dalam perkhidmatan
Bandaraya
Kuala
Lumpur”
dan
“orang dalam perkhidmatan Bandaraya Kuala Lumpur” ialah sebutan mengenai pegawai atau orang dalam perkhidmatan
Majlis Bandaraya itu masing-masingnya;
Pengangkutan Jalan 25
(c)
sebutan mengenai “Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur”
ialah sebutan mengenai Bandaraya itu.
(3A)
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, apabila dibuat permohonan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran atau Pengerusi Majlis Perbandaran, memberi kuasa kepada
Yang Dipertua Majlis Perbandaran, Pengerusi Majlis Perbandaran dan pegawai atau orang dalam perkhidmatan Majlis Perbandaran itu untuk menjalankan kuasa yang diberikan dan melaksanakan tugas yang dikenakan oleh Akta ini ke atas Yang Dipertua Majlis
Perbandaran, Pengerusi Majlis Perbandaran atau warden lalu lintas, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3B)
Perintah yang dibuat di bawah subseksyen (3A) boleh mengehadkan kuasa yang akan diberikan kepada dan tugas yang akan dilaksanakan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran, Pengerusi
Majlis Perbandaran dan pegawai atau orang dalam perkhidmatan
Majlis Perbandaran itu.
(3C)
Apabila dibuat pemberikuasaan di bawah subseksyen (3A),
Yang Dipertua Majlis Perbandaran, Pengerusi Majlis Perbandaran dan pegawai atau orang dalam perkhidmatan Majlis Perbandaran itu boleh menjalankan kuasa yang diberikan dan melaksanakan tugas yang dikenakan oleh Akta ini ke atas Yang Dipertua Majlis
Perbandaran, Pengerusi Majlis Perbandaran atau warden lalu lintas, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(4)
(Dipotong oleh Akta A1585).
Kuasa dan tugas Dato Bandar, dsb.