Malaysia legislation

Section 41

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 41

(2)

Mahkamah hendaklah memerintahkan butir-butir mengenai apa-apa sabitan di bawah seksyen ini diendorskan pada mana-mana lesen memandu yang dipegang oleh orang yang disabitkan itu.

(3)

Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada *lima tahun dari tarikh sabitan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, hilang kelayakan selama tempoh sepuluh tahun dari tarikh sabitan.

(3A)

Walau apa pun subseksyen (1), jika seseorang yang memegang lesen memandu percubaan disabitkan di bawah seksyen ini, mahkamah hendaklah sesudah itu membatalkan lesen memandunya itu.

(4)

Mahkamah boleh apabila membicarakan seseorang kerana suatu kesalahan di bawah seksyen ini, mensabitkan orang itu kerana suatu kesalahan di bawah seksyen 42 atau seksyen 43.

(5)

Walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis yang masih berkuat kuasa, mahkamah yang di hadapannya seseorang itu dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah memerintahkan penarikan balik segera lesen memandu orang itu dan hendaklah memerintahkan penggantungan lesen itu bermula dari tarikh pertuduhan itu dibacakan pertama kalinya kepada orang itu dan penggantungan itu hendaklah mula berkuat kuasa—

(a)

sehingga mahkamah membuat keputusan muktamad terhadap pertuduhan itu; dan

(b)

seolah-olah penggantungan itu adalah penggantungan yang disebut dalam seksyen 32.

*CATATAN―Dahulunya “tiga tahun”–lihat subseksyen 3(b) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2000

[Akta A1618].

Pengangkutan Jalan 73

(5A)

Jika lesen memandu orang yang disebut dalam subseksyen (5)

terkandung di dalam kad atau peranti elektronik pelbagai guna, perintah mahkamah di bawah subseksyen itu hendaklah disifatkan telah dipatuhi jika butir-butir perintah itu telah dimasukkan ke dalam pangkalan data yang disenggarakan oleh atau bagi pihak Ketua Pengarah mengenai lesen memandu yang diberikan di bawah Akta ini dan pemegang lesen memandu itu.

(5B)

Walau apa pun subseksyen

(5A)

,

Pengarah boleh mengarahkan orang yang disebut dalam subseksyen (5) supaya menyerahkan, dalam tempoh yang ditentukan oleh Pengarah, kad atau peranti elektronik pelbagai guna yang di dalamnya lesen memandu itu terkandung kepada Pengarah itu, atau kepada seorang pegawai pengangkutan jalan yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah, untuk dimasukkan ke dalam data yang tersimpan di dalam kad atau peranti itu butir-butir perintah yang dibuat oleh mahkamah di bawah subseksyen (5), dan Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa itu hendaklah, selepas membuat pemasukan itu, dengan serta-merta mengembalikan kad atau peranti itu kepada orang itu.

Memandu secara melulu dan membahayakan

Section 41 — ROAD TRANSPORT ACT 1987 | mylaw.my