Malaysia legislation

Section 44

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 44

(a)

berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah, setakat yang menyebabkan tidak berdaya mengawal kenderaan itu dengan sepatutnya; atau

(b)

mempunyai sebegitu banyak alkohol dalam badannya sehingga kadar alkohol di dalam nafas, darah atau air kencingnya melebihi had yang ditetapkan, dan menyebabkan kematian mana-mana orang melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, hendaklah *dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada sepuluh tahun dan tidak lebih daripada lima belas tahun dan denda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima belas tahun dan tidak lebih daripada dua puluh tahun dan denda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus lima puluh ribu ringgit.

(1A)

Mana-mana orang yang, semasa memandu sesuatu kenderaan motor di jalan atau tempat awam lain—

*CATATAN―Dahulunya “tiga tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan didenda tidak kurang daripada lapan ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit.” – lihat subseksyen 6(a) Akta

Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2000 [Akta A1618].

76 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

(a)

berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah, setakat yang menyebabkan tidak berdaya mengawal kenderaan itu dengan sepatutnya; atau

(b)

mempunyai sebegitu banyak alkohol dalam badannya sehingga kadar alkohol di dalam nafas, darah atau air kencingnya melebihi had yang ditetapkan, dan menyebabkan kecederaan kepada mana-mana orang melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada tiga puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, penjara selama tempoh tidak kurang daripada sepuluh tahun dan tidak lebih daripada lima belas tahun dan denda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit.

(2)

Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya butir-butir mengenai apa-apa sabitan di bawah seksyen ini diendorskan pada mana-mana lesen memandu yang dipegang oleh orang yang disabitkan itu.

(3)

Seseorang yang disabitkan di bawah subseksyen (1) adalah hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada *sepuluh tahun dari tarikh sabitan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, hilang kelayakan selama tempoh **dua puluh tahun dari tarikh sabitan.

(3A)

Seseorang yang disabitkan di bawah subseksyen (1A) adalah hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun dari tarikh sabitan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, hilang kelayakan selama tempoh sepuluh tahun dari tarikh sabitan.

*CATATAN―Dahulunya “lima tahun” – lihat subseksyen 6(c) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan)

[Akta A1618].

**CATATAN―Dahulunya “10 tahun” – lihat subseksyen 6(c) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan)

[Akta A1618].

Pengangkutan Jalan 77

(4)

Walau apa pun subseksyen (1) dan (1A), jika seseorang yang memegang lesen memandu percubaan disabitkan di bawah seksyen ini, mahkamah hendaklah sesudah itu membatalkan lesen memandunya itu.

(5)

Walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis yang masih berkuat kuasa, mahkamah yang di hadapannya seseorang itu dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah memerintahkan penarikan balik segera lesen memandu orang itu dan hendaklah memerintahkan penggantungan lesen itu bermula dari tarikh pertuduhan itu dibacakan pertama kalinya kepada orang itu dan penggantungan itu hendaklah mula berkuat kuasa—

(a)

sehingga mahkamah membuat keputusan muktamad terhadap pertuduhan itu; dan

(b)

seolah-olah penggantungan itu adalah penggantungan yang disebut dalam seksyen 32.

(5A)

Jika lesen memandu orang yang disebut dalam subseksyen (5)

itu terkandung di dalam kad atau peranti elektronik pelbagai guna, perintah mahkamah di bawah subseksyen itu hendaklah disifatkan telah dipatuhi jika butir-butir perintah itu telah dimasukkan ke dalam pangkalan data yang disenggarakan oleh atau bagi pihak Ketua Pengarah mengenai lesen memandu yang diberikan di bawah Akta ini dan pemegang lesen memandu itu.

(5B)

Walau apa pun subseksyen

(5A)

,

Pengarah boleh mengarahkan orang yang disebut dalam subseksyen (5) supaya menyerahkan, dalam tempoh yang ditentukan oleh Pengarah, kad atau peranti elektronik pelbagai guna yang di dalamnya lesen memandu itu terkandung kepada Pengarah itu, atau kepada seorang pegawai pengangkutan jalan yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah, untuk dimasukkan ke dalam data yang tersimpan di dalam kad atau peranti itu butir-butir perintah yang dibuat oleh mahkamah di bawah subseksyen (5), dan Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa itu hendaklah, selepas membuat pemasukan itu, dengan serta-merta mengembalikan kad atau peranti itu kepada orang itu.

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

Keadaan menjaga kenderaan motor semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah