Malaysia legislation

Section 45B

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 45B

(a)

bahawa seseorang telah melakukan sesuatu kesalahan di bawah seksyen 44 atau 45 melibatkan minuman yang memabukkan atau di bawah seksyen 45A; atau

(b)

bahawa seseorang menjadi pemandu atau cuba memandu atau menjaga sesuatu kenderaan motor dalam suatu kemalangan yang melibatkan satu kenderaan atau lebih di sesuatu jalan awam atau tempat awam lain, maka dia boleh, tertakluk kepada seksyen 45D, menghendaki orang itu supaya mengadakan spesimen nafas bagi suatu ujian nafas.

(2)

Seseorang boleh dikehendaki di bawah subseksyen (1) supaya mengadakan spesimen sama ada di tempat atau dekat dengan tempat di mana kehendak itu dibuat atau, jika kehendak itu dibuat di bawah perenggan (1)(b) dan pegawai polis yang membuat kehendak itu memikirkan patut, di balai polis yang ditentukan oleh pegawai itu.

*CATATAN―Dahulunya “Apabila disabitkan bagi kali kedua atau kali kemudian bagi sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini, pesalah itu hendaklah, melainkan jika mahkamah kerana sebab khas memikirkan patut diperintah selainnya dan tanpa menjejaskan kuasa mahkamah untuk memerintahkan tempoh kehilangan kelayakan yang lebih panjang, dihilangkan kelayakan bagi tempoh yang tidak kurang daripada dua belas bulan dari tarikh sabitan itu daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu”

–lihat subseksyen 8(b) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) [Akta A1618].

Pengangkutan Jalan 81

(3)

Ujian nafas yang dikehendaki di bawah subseksyen (1)

hendaklah dilakukan oleh pegawai polis yang menghendaki ujian itu dibuat atau mana-mana pegawai polis lain.

(4)

Seseorang yang, tanpa alasan yang munasabah, gagal mengadakan spesimen nafas apabila dikehendaki berbuat demikian menurut seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dihukum *penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada tiga puluh ribu ringgit dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit.

(4A)

Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini adalah hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dari tarikh sabitan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, hilang kelayakan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dari tarikh sabitan.

(4B)

Walau apa pun subseksyen (4) dan (4A), jika seseorang yang memegang lesen memandu percubaan disabitkan di bawah seksyen ini, mahkamah hendaklah sesudah itu membatalkan lesen memandunya itu.

(5)

Seseorang pegawai polis yang berpakaian seragam boleh menangkap tanpa waran seseorang jika—

(a)

disebabkan oleh sesuatu ujian nafas dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa kadar alkohol di dalam nafas, darah atau air kencing orang itu melebihi had yang ditetapkan; atau

(b)

orang itu gagal mengadakan spesimen nafas bagi suatu ujian nafas apabila dikehendaki berbuat demikian

*CATATAN―Dahulunya “denda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada enam ribu ringgit dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun”–

lihat subseksyen 9(a) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) [Akta A1618].

82 Undang-Undang Malaysia AKTA 333