Malaysia legislation
Section 45C
Seksyen 45C
(a)
supaya mengadakan dua spesimen nafas bagi analisis melalui alat penganalisis nafas yang ditetapkan; atau
(b)
supaya mengadakan suatu spesimen darah atau air kencing bagi suatu ujian makmal, walaupun dia telah dikehendaki supaya mengadakan spesimen nafas bagi ujian nafas di bawah subseksyen 45B(1).
(2)
Kehendak supaya mengadakan spesimen nafas di bawah seksyen ini hanya boleh dibuat di suatu balai polis.
(3)
Ujian nafas di bawah seksyen ini hanya boleh dilakukan oleh seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada sarjan atau oleh seorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu balai polis dan hanya boleh dilakukan di suatu balai polis.
(4)
Kehendak di bawah seksyen ini supaya mengadakan suatu spesimen darah atau air kencing hanya boleh dibuat di balai polis atau di hospital, tetapi ia tidak boleh dibuat di suatu balai polis melainkan jika—
(a)
pegawai polis yang menghendakinya mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa atas sebab perubatan suatu spesimen nafas tidak dapat diadakan atau tidak patut dikehendaki; atau
Pengangkutan Jalan 83
(b)
pada masa kehendak itu dibuat, alat penganalisis nafas yang ditetapkan itu tidak ada di balai polis itu atau atas apa-apa sebab lain tidak praktik untuk menggunakan alat penganalisis nafas, dan boleh dibuat walaupun orang yang dikehendaki mengadakan spesimen itu telah mengadakan atau telah dikehendaki mengadakan dua spesimen nafas.
(5)
Jika suatu spesimen selain spesimen nafas dikehendaki, pegawai polis yang menghendakinya hendaklah, tertakluk kepada nasihat perubatan, menentukan sama ada ia spesimen darah atau air kencing.
(6)
Seseorang yang, tanpa alasan yang munasabah, gagal mengadakan spesimen apabila dikehendaki berbuat demikian menurut seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dihukum *penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada tiga puluh ribu ringgit dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit.
(6A)
Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini adalah hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dari tarikh sabitan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, hilang kelayakan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dari tarikh sabitan.
(6B)
Walau apa pun subseksyen (6) dan (6A), jika seseorang yang memegang lesen memandu percubaan disabitkan di bawah seksyen ini, mahkamah hendaklah sesudah itu membatalkan lesen memandunya itu.
*CATATAN―Dahulunya “denda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada enam ribu ringgit dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.” –
lihat subseksyen 10(b) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) [Akta A1618].
84 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
Perlindungan pesakit hospital