Malaysia legislation

Section 45F

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 45F

(a)

bahawa dia mengambil alkohol setelah dia berhenti memandu, cuba memandu atau menjaga sesuatu kenderaan motor di jalan atau tempat awam lain dan sebelum dia mengadakan spesimen itu; dan

(b)

bahawa jika dia tidak berbuat demikian, kadar alkohol di dalam nafas, darah atau air kencingnya tidak akan melebihi had yang ditetapkan dan, jika prosiding itu adalah bagi kesalahan di bawah seksyen 44 atau 45

melibatkan minuman yang memabukkan, kadar alkohol itu tidak sebegitu banyak sehingga menjadikannya tidak daya untuk mengawal kenderaan dengan sepatutnya.

(2)

Keterangan mengenai kadar alkohol di dalam suatu spesimen nafas, darah atau air kencing boleh, tertakluk kepada subseksyen (4) dan (5), diberikan dengan mengemukakan dokumen atau dokumen-dokumen yang berupa sebagai sama ada—

(a)

suatu pernyataan yang dikeluarkan secara automatik oleh suatu alat penganalisis nafas yang ditetapkan dan suatu perakuan yang ditandatangani oleh seorang pegawai polis

(yang boleh tetapi tidak semestinya terkandung dalam dokumen yang sama dengan pernyataan itu) bahawa pernyataan itu berhubungan dengan suatu spesimen yang diadakan oleh tertuduh pada tarikh dan masa yang ditunjukkan dalam pernyataan itu; atau

(b)

suatu perakuan yang ditandatangani oleh seorang pengamal perubatan kerajaan atau ahli kimia kerajaan tentang kadar alkohol yang terdapat di dalam spesimen darah atau air kencing yang dikenal pasti dalam perakuan itu.

(3)

Suatu spesimen darah tidak boleh diambil kira melainkan jika spesimen darah itu telah diambil daripada tertuduh oleh seorang pegawai perubatan kerajaan; dan keterangan bahawa suatu spesimen darah telah diambil sedemikian boleh diberikan dengan mengemukakan suatu

86 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

dokumen yang berupa sebagai memperakui fakta itu dan ditandatangani oleh seorang pegawai perubatan kerajaan.

(4)

Suatu dokumen yang berupa sebagai pernyataan atau perakuan sedemikian, atau kedua-duanya, sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (2) boleh diterima dalam keterangan bagi pihak pendakwa menurut seksyen ini hanya jika suatu salinannya sama ada telah diserahkan kepada tertuduh apabila dokumen itu dikemukakan atau telah disampaikan kepadanya tidak lewat daripada tujuh hari sebelum pendengaran itu, dan mana-mana dokumen lain boleh diterima sedemikian hanya jika suatu salinannya telah disampaikan kepada tertuduh tidak lewat daripada tujuh hari sebelum pendengaran itu; tetapi suatu dokumen yang berupa sebagai sesuatu perakuan (atau sekian banyak daripada suatu dokumen yang berupa sebagai suatu perakuan) tidak boleh diterima sedemikian jika tertuduh, tidak lewat daripada tiga hari sebelum pendengaran itu atau dalam apa-apa masa selanjutnya yang dibenarkan oleh mahkamah dalam hal keadaan khas, telah menyampaikan notis kepada pihak pendakwa menghendaki orang yang olehnya dokumen itu berupa sebagai ditandatangani supaya hadir di pendengaran itu.

(5)

Jika, pada masa suatu spesimen darah atau air kencing dikehendaki diadakan oleh tertuduh, dia telah meminta supaya diberikan spesimen itu, keterangan mengenai kadar alkohol di dalam spesimen itu tidak boleh diterima bagi pihak pendakwa melainkan jika—

(a)

spesimen yang di dalamnya alkohol itu didapati adalah satu daripada dua bahagian daripada spesimen yang diadakan oleh tertuduh yang dibahagikan pada masa ia diadakan; dan

(b)

bahagian yang satu lagi itu diberikan kepada tertuduh.

(6)

Suatu salinan perakuan yang dikehendaki oleh seksyen ini supaya disampaikan kepada tertuduh atau notis yang dikehendaki oleh seksyen ini supaya disampaikan kepada pihak pendakwa boleh dihantar sendiri atau dihantar melalui pos berdaftar.

Pengangkutan Jalan 87

Tafsiran seksyen 44 dan 45B hingga 45F