Malaysia legislation

Section 46

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 46

Jika mana-mana orang memandu sesuatu kenderaan motor semasa dia mengetahui dirinya menghidap suatu penyakit atau ketidakdayaan yang dikira akan menyebabkan pemanduannya akan kenderaan motor itu menjadi suatu punca bahaya kepada orang awam, dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.