Malaysia legislation

Section 47

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 47

Menunggang di atas injak-injak dan menghalang pemandu

Jika mana-mana orang yang memandu atau menjaga sesuatu kenderaan motor menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang dibawa di atas injak-injak atau selain dalam kenderaan itu sendiri, atau menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang berdiri atau duduk, atau apa-apa benda diletakkan atau dibawa, dalam kenderaan motor dengan apa-apa cara atau dalam apa-apa keadaan sehingga mengganggu pemandu daripada mengawal kenderaan itu, atau hingga menyebabkan bahaya kepada orang lain yang menggunakan jalan, dia melakukan suatu kesalahan.