Malaysia legislation

Section 48

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 48

Galangan disebabkan kenderaan di jalan

(2)

Jika mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor menyebabkan atau membenarkan kenderaan motor itu dihentikan di mana-mana jalan dalam apa-apa kedudukan atau apa-apa keadaan atau apa-apa hal keadaan yang mungkin menyebabkan bahaya,

Pengangkutan Jalan 89

galangan atau kesusahan tidak berpatutan kepada pengguna jalan yang lain atau kepada lalu lintas, seorang pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan boleh mengapit roda kenderaan motor itu atau mengalihkan atau menyebabkan supaya dialih kenderaan motor itu ke mana-mana jalan lain atau mana-mana lokasi atau tempat lain sebagaimana yang dinyatakan dalam suatu notis dan ditinggalkan di situ atas risiko pemunya.

(3)

Jika sesuatu kenderaan motor diapit rodanya di bawah subseksyen (2), pegawai yang berkenaan hendaklah dengan segera, memberikan notis secara bertulis kepada pemunya kenderaan motor itu memaklumkannya tentang pengapitan roda itu dan menghendakinya atau mana-mana orang yang mungkin mempunyai tuntutan terhadap kenderaan motor itu, dalam tempoh empat jam dari waktu notis itu, untuk hadir dan meminta supaya kenderaan itu dilepaskan dan jika tidak ada tuntutan diterima dalam tempoh itu, kenderaan motor itu bolehlah dialihkan ke tempat yang sesuai.

(4)

Jika mana-mana kenderaan motor ditahan di bawah subseksyen (2) atau (3), pegawai yang berkenaan hendaklah dalam masa dua puluh empat jam, memberikan notis secara bertulis kepada pemunya kenderaan motor itu memaklumkannya mengenai pengalihan itu dan menghendakinya atau mana-mana orang yang mungkin mempunyai tuntutan terhadap kenderaan motor, dalam tempoh satu bulan dari tarikh notis itu, supaya hadir dan menuntut kenderaan itu.

(5)

Selepas diterima tuntutan di bawah subseksyen (3) atau (4), kenderaan motor itu bolehlah dilepaskan setelah dibayar fi bagi pengapitan, pengalihan dan penahanan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri di bawah Akta ini.

(6)

Jika dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh pengalihan itu kenderaan motor itu tidak dituntut, kenderaan motor itu hendaklah dilucuthakkan dan keempunyaan kenderaan motor itu terletak hak pada Ketua Pengarah.

(7)

Seorang pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan, mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan atau mana-mana orang lain yang

90 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

bertindak di bawah arahannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak boleh menanggung apa-apa liabiliti berkenaan dengan apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan kepada mana-mana kenderaan motor atau kelengkapan atau kandungannya semasa ia diapit atau dialihkan atau semasa ia ditahan, melainkan jika kerosakan itu disebabkan oleh kecuaian atau dengan sengaja.

(8)

Bagi maksud seksyen ini, “pihak berkuasa yang berkenaan”

mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 67.

Menunggang di belakang pemandu

Section 48 — ROAD TRANSPORT ACT 1987 | mylaw.my