Malaysia legislation

Section 50

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 50

(2)

Jika, semasa suatu kenderaan motor berada di jalan atau di tempat letak kereta, mana-mana orang, melainkan dengan kuasa yang sah atau sebab yang munasabah, menaiki atau menggerakkan kenderaan motor itu, atau melepaskan atau mengusik mana-mana brek atau bahagian lain mekanismenya, dia melakukan suatu kesalahan.

(3)

Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak

Pengangkutan Jalan 91

kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.

Mengambil kenderaan motor tanpa izin pemunya berdaftar

Section 50 — ROAD TRANSPORT ACT 1987 | mylaw.my