Malaysia legislation
Section 52
Seksyen 52
(2)
Dalam hal sesuatu kemalangan seperti yang tersebut dahulu pemandu kenderaan motor itu dan, jika terdapat lebih daripada satu kenderaan motor, pemandu tiap-tiap kenderaan motor itu, hendaklah
92 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
melaporkan kemalangan itu di balai polis yang berhampiran sekali dengan seberapa segera yang semunasabahnya praktik dan dalam mana-mana hal dalam tempoh dua puluh empat jam selepas berlakunya kejadian itu, dan hendaklah mengemukakan kepada pegawai yang menjaga balai polis itu lesen memandunya dan, jika dikehendaki sedemikian, perakuan insurans yang dikeluarkan di bawah seksyen 90 Akta ini.
(3)
Dalam hal sesuatu kemalangan seperti yang tersebut dahulu pemandu mana-mana kenderaan motor itu hendaklah memberi apa-apa bantuan sebagaimana yang semunasabahnya dikehendaki oleh mana-mana pegawai polis atau, semasa ketiadaan seorang pegawai polis, apa-apa bantuan yang semunasabahnya ada dalam kuasa pemandu itu untuk memberinya.
(4)
Jika seseorang pegawai polis mempunyai sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa seseorang itu—
(a)
ialah pemandu sesuatu kenderaan motor pada masa kemalangan itu berlaku oleh sebab adanya kenderaan motor itu di suatu jalan;
(b)
telah melakukan suatu kesalahan berhubungan dengan penggunaan kenderaan motor di suatu jalan; atau
(c)
menemani pemegang lesen belajar memandu yang diberikan di bawah Akta ini semasa pemegang itu memandu suatu kenderaan motor dan bahawa suatu kemalangan berlaku yang mana menyebabkan kerosakan atau kecederaan kepada mana-mana orang, harta atau binatang disebabkan adanya kenderaan motor itu di sesuatu jalan, pegawai polis itu boleh menghendaki orang itu mengemukakan untuk diperiksa lesen memandunya dan, perakuan insurans yang berhubungan dengan pengguna kenderaan itu pada masa itu.
(5)
Jika mana-mana orang gagal mematuhi seksyen ini dia melakukan suatu kesalahan:
Dengan syarat bahawa seseorang tidak boleh disabitkan bagi suatu kesalahan terhadap subseksyen (2) atau (4) semata-mata oleh sebab kegagalan mengemukakan lesen memandunya atau perakuan insurans
Pengangkutan Jalan 93
jika dalam masa lima hari selepas kemalangan itu atau kehendak di bawah subseksyen (4), dia mengemukakan lesen atau perakuan itu dengan sendiri di mana-mana pejabat polis atau balai polis di Malaysia sebagaimana yang dinyatakan olehnya pada masa kemalangan itu dilaporkan atau pada masa kehendak di bawah subseksyen (4) itu dibuat.
Kuasa memerintahkan kehadiran di mahkamah