Malaysia legislation

Section 53

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 53

(1A)

Jika orang yang kepadanya disampaikan notis di bawah subseksyen (1) enggan menerima atau menafikan penerimaan notis itu, notis itu hendaklah dianggap telah disampaikan kepada orang itu pada tarikh penyampaian notis itu.

(2)

Jika mana-mana orang yang disampaikan suatu notis sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (1) gagal hadir dengan sendiri atau melalui peguam, maka, melainkan jika didapati adalah tidak mungkin semunasabahnya bagi orang itu untuk hadir sedemikian, mahkamah boleh, jika berpuas hati bahawa notis itu telah disampaikan, mengeluarkan suatu waran bagi penangkapan orang itu melainkan dalam hal suatu kesalahan yang boleh dikompaunkan, orang itu telah dibenarkan mengkompaunkan kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam notis tersebut.

Notis kesalahan yang dirakamkan melalui kamera