Malaysia legislation
Section 53B
Seksyen 53B
(a)
disampaikan suatu notis di bawah seksyen 53A kepadanya berkenaan dengan kesalahan yang dirakamkan melalui kamera; dan
(b)
bukan pemandu kenderaan yang berkenaan dengannya kesalahan yang dirakamkan melalui kamera pada masa kesalahan itu dilakukan, hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis, disokong dengan surat kepada pihak berkuasa yang mengeluarkan notis itu, mengemukakan nama dan alamat orang yang memandu kenderaan motor itu pada masa kesalahan itu dilakukan.
(2)
Seseorang pemunya berdaftar kenderaan motor yang disampaikan kepadanya suatu notis yang berkenaan dengan kesalahan yang dirakamkan melalui kamera disifatkan tidak bersalah sekiranya—
(a)
pemunya berdaftar itu mematuhi subseksyen (1)
berhubung dengan kesalahan itu; dan
(b)
pihak berkuasa yang mengeluarkan notis itu berpuas hati bahawa pemunya berdaftar itu tidak tahu dan tidak boleh dengan usaha wajar memastikan nama dan alamat orang
96 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
yang memandu kenderaan motor itu pada masa kesalahan itu dilakukan.
(3)
Mana-mana pemunya berdaftar kenderaan motor yang dengan salah menamakan orang lain sebagai pemandu kenderaan motor itu pada masa kesalahan yang dirakamkan melalui kamera berlaku melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada tiga ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Kewajipan untuk tidak memberikan, menyiarkan atau mendedahkan maklumat mengenai kesalahan yang dirakamkan melalui kamera