Malaysia legislation

Section 56

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 56

Lesen vokasional

(2)

Pengarah tidak boleh mengeluarkan suatu lesen vokasional melainkan jika dia berpuas hati bahawa—

(a)

dalam hal lesen untuk memandu, pemohon berumur lebih daripada dua puluh satu tahun;

(b)

dalam hal lesen untuk bertindak sebagai seorang konduktor, pemohon berumur lebih daripada lapan belas tahun;

(c)

pemohon bukan merupakan pemegang lesen belajar memandu atau lesen memandu percubaan;

Pengangkutan Jalan 99

(d)

dalam hal pemohon yang merupakan orang bekerja sendiri, pemohon telah berdaftar dan membayar caruman di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 [Akta 789]; dan

(e)

pemohon memenuhi syarat-syarat yang lain sebagaimana yang ditetapkan.

(2A)

Suatu lesen vokasional yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini hendaklah berkuat kuasa bagi tempoh yang dinyatakan dalam lesen vokasional itu melainkan jika lesen vokasional itu terlebih dahulu dibatalkan di bawah subseksyen (4) atau (4A).

(3)

Suatu lesen untuk memandu kenderaan perkhidmatan awam boleh dihadkan kepada jenis atau jenis-jenis kenderaan sebagaimana dinyatakan dalam lesen itu.

(4)

Suatu lesen vokasional boleh, pada bila-bila masa, digantung atau dibatalkan oleh Pengarah jika—

(a)

disebabkan oleh apa-apa penyakit, kelakuan yang ditetapkan atau ketidakupayaan jasmani—

(i)

pemegang lesen vokasional itu tidak layak memegang; atau

(ii)

tidak sesuai bagi pemegang lesen vokasional itu untuk memegang, lesen itu;

(aa) pemegang lesen vokasional itu ialah orang bekerja sendiri, pemegang lesen vokasional itu tidak berdaftar dan tidak mencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial

Pekerjaan Sendiri 2017; atau

(b)

pemegang lesen vokasional itu mempunyai perkara atau kes yang belum selesai dengan Jabatan Pengangkutan

Jalan atau polis berhubung dengan apa-apa pelanggaran di bawah Akta ini.

100 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

(4A)

Tanpa menjejaskan subseksyen (4), suatu lesen vokasional yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini hendaklah—

(a)

digantung jika lesen memandu yang dikeluarkan di bawah seksyen 27 digantung di bawah seksyen 32, 35

atau 36;

(b)

dibatalkan jika lesen memandu yang dikeluarkan di bawah seksyen 27 dibatalkan di bawah seksyen 35.

(5)

Jika

Pengarah menggantung atau membatalkan lesen vokasional di bawah perenggan (4)(a), pemegang lesen vokasional itu boleh merayu kepada Ketua Pengarah dan berdasarkan rayuan itu,

Ketua Pengarah boleh, selepas apa-apa siasatan, jika ada, membuat apa-apa perintah yang difikirkannya adil dan mana-mana perintah sedemikian hendaklah mengikat Pengarah dan perayu.

(6)

Jika mana-mana orang bertindak dengan melanggar subseksyen (1), dia bersalah atas satu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(7)

Suatu lesen vokasional yang diberikan di bawah mana-mana undang-undang yang dimansuhkan oleh Akta ini dan berkuat kuasa pada hari ditetapkan hendaklah disifatkan sebagai telah diberikan di bawah

Akta ini.

(8)

Apa-apa rujukan dalam Bahagian ini kepada suatu lesen yang diberikan di bawah Bahagian ini tidak boleh disifatkan sebagai termasuk rujukan kepada lesen vokasional yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

(9)

Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam seksyen ini, seorang Pengarah boleh mengehadkan tempoh sah suatu lesen vokasional bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga bulan jika dia berpuas hati bahawa pemegang lesen vokasional itu mempunyai perkara atau kes yang belum selesai berhubung dengan apa-apa kesalahan berjadual atau apa-apa pelanggaran lain Akta ini.

(10)

Bagi maksud seksyen ini, “orang bekerja sendiri” hendaklah mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada ungkapan tersebut dalam Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

Pengangkutan Jalan 101

Lesen vokasional bagi kenderaan barangan, kenderaan pekerja dan bas persiaran

Section 56 — ROAD TRANSPORT ACT 1987 | mylaw.my