Malaysia legislation
Section 58A
Seksyen 58A
(2)
Jika pemunya berdaftar kenderaan motor atau pemegang lesen memandu tidak menyampaikan notis mengenai pertukaran alamat dalam tempoh yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), dia hendaklah disifatkan tidak memberitahu Pengarah tentang pertukaran alamat tersebut.
(3)
Suatu notis pertukaran alamat di bawah subseksyen (1)
hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada dan diterima oleh
Pengarah jika—
(a)
disampaikan secara kendiri, dengan suatu pengakuterimaan penerimaan notis itu;
(b)
dihantar melalui pos berdaftar prabayar, dengan suatu pengakuterimaan bertulis penerimaan yang diberikan di bawah Kaedah-Kaedah Pejabat Pos 1947
[MUGN 8436/1947]; dan
Pengangkutan Jalan 103
(c)
dihantar dengan faksimile dengan suatu pengakuterimaan penerimaan yang menyatakan bahawa notis itu telah dihantar secara keseluruhannya kepada nombor faksimile penerima.
(4)
Pengarah hendaklah, setelah diterima notis di bawah subseksyen (1), mengemaskinikan daftar kenderaan motor di bawah seksyen 8 dan daftar pemegang lesen memandu di bawah seksyen 27A.
(5)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau memberikan alamat yang tidak lengkap atau alamat yang tidak betul melakukan suatu kesalahan.
Kuasa menguji dan melarang penggunaan kenderaan