Malaysia legislation

Section 59

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 59

(2)

Jika, atas pemeriksaan itu, pegawai pengangkutan jalan itu berpendapat bahawa, oleh sebab apa-apa kecacatan di dalamnya yang adalah kecacatan yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah sebagai kecacatan serius, kenderaan motor itu tidak layak atau mungkin menjadi tidak layak untuk digunakan, atau penggunaannya itu adalah merbahaya atau

104 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

mungkin mendatangkan bahaya melainkan jika kecacatan itu dibaiki, dia boleh melarang penggunaan kenderaan motor itu:

Dengan syarat bahawa jika pada pendapat pegawai pengangkutan jalan itu, kecacatan itu yang boleh dibaiki dalam suatu tempoh yang tidak melebihi sepuluh hari dan bukannya kecacatan yang melibatkan risiko serta-merta kepada orang yang menggunakan kenderaan motor itu atau kepada orang yang menggunakan jalan, maka larangan itu tidak boleh berkuat kuasa sebelum tamat tempoh itu.

(3)

Jika, di bawah subseksyen (2), pegawai pengangkutan jalan itu melarang penggunaan kenderaan motor seperti yang tersebut dahulu, dia hendaklah dengan serta-merta memberi notis bertulis mengenai larangan itu kepada pemunya berdaftar kenderaan motor itu, kepada orang yang menjaga kenderaan motor itu dan kepada Pengarah bagi kawasan pendaftaran di mana kenderaan motor itu didaftarkan.

(4)

Dalam hal sesuatu larangan atas alasan kecacatan sebagaimana yang dinyatakan dalam proviso kepada subseksyen (2), notis yang diberikan di bawah subseksyen (3) hendaklah menyatakan tempoh dalam mana kecacatan itu boleh pada pendapat pegawai itu dibaiki.

(5)

Suatu perintah larangan yang dibuat di bawah subseksyen (2)

yang telah berkuat kuasa boleh dihapuskan oleh mana-mana pegawai pengangkutan jalan yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah secara bertulis bagi maksud itu jika dia berpuas hati bahawa kenderaan motor itu layak untuk digunakan dan bagi maksud ini dia boleh menghendaki supaya suatu pemeriksaan dijalankan.

(6)

Jika seorang pegawai menarik balik atau menghapuskan sesuatu larangan, dia hendaklah memberi notis mengenai hal penarikan balik atau penghapusan itu kepada pemunya berdaftar kenderaan motor itu dan kepada Pengarah bagi kawasan pendaftaran di mana kenderaan motor itu didaftarkan.

(7)

Jika suatu perintah larangan yang dibuat di bawah subseksyen (2) telah berkuat kuasa, mana-mana pegawai yang membuat perintah itu boleh menyebabkan dipisahkan dan ditanggalkan daripada kenderaan motor yang dimaksudkan oleh perintah larangan itu, plat nombor pendaftaran dan apa-apa plat pengenalan lain atau apa-apa lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini, dan menyimpannya.

Pengangkutan Jalan 105

Apabila larangan itu ditarik balik atau dihapuskan plat nombor dan lesen itu hendaklah dikembalikan kepada pemegang lesen atau kepada orang yang menjaga kenderaan itu.

(8)

Mana-mana orang yang terkilan dengan keengganan mana-mana pegawai pengangkutan jalan untuk menarik balik atau menghapuskan sesuatu perintah larangan yang dibuat di bawah subseksyen (2), boleh merayu kepada Ketua Pengarah, yang hendaklah menimbangkan rayuan itu dan, jika dikehendaki sedemikian, mendengar pihak merayu berhubungan dengan rayuan itu, atau, mengikut budi bicara

Ketua Pengarah, mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh pihak merayu untuk mewakilinya. Ketua Pengarah boleh membuat apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkannya patut mengenai rayuan itu.

(9)

Jika mana-mana orang melanggar atau gagal mematuhi subseksyen (1), atau menggunakan atau membenarkan digunakan sesuatu kenderaan motor pada bila-bila masa semasa suatu perintah larangan di bawah subseksyen (2) berkuat kuasa berhubungan dengan kenderaan motor itu, dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada tiga ratus ringgit dan tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan bagi sabitan kali kedua atau kemudiannya didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Kuasa menahan kenderaan untuk pemeriksaan

Section 59 — ROAD TRANSPORT ACT 1987 | mylaw.my