Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 5

(a)

kenderaan-kenderaan orang cacat; iaitu, kenderaan-kenderaan motor yang berat tanpa muatannya tidak melebihi tiga ribu lima ratus kilogram, yang direka bentuk dan dibina khas atau disuaikan, bagi kegunaan seseorang yang mengalami kecacatan atau ketidakdayaan jasmani dan semata-mata digunakan oleh orang itu;

(b)

motosikal;

iaitu, kenderaan-kenderaan motor yang mempunyai kurang daripada empat roda, dan yang berat tanpa muatannya tidak melebihi empat ratus lima puluh kilogram;

(c)

traktor berat; iaitu, kenderaan-kenderaan motor yang tidak dibina untuk membawa apa-apa muatan (selain air, bahan api, akumulator dan kelengkapan dan bahan lain yang digunakan bagi maksud rejanan, perkakas curai dan kelengkapan curai), yang berat tanpa muatannya melebihi lima ribu kilogram;

Pengangkutan Jalan 27

(d)

traktor ringan; iaitu, kenderaan-kenderaan motor, yang berat tanpa muatannya tidak melebihi lima ribu kilogram dan jika sebaliknya, tergolong di dalam takrif “traktor berat”;

(e)

motokar berat; iaitu, kenderaan-kenderaan motor yang dibina untuk membawa muatan atau penumpang dan yang berat tanpa muatannya melebihi tiga ribu lima ratus kilogram;

(f)

motokar;

iaitu, kenderaan-kenderaan motor

(tidak tergolong di dalam takrif “motosikal”), yang dibina untuk membawa muatan atau penumpang dan yang berat tanpa muatannya tidak melebihi tiga ribu lima ratus kilogram;

(g)

jentera bergerak berat; iaitu, kenderaan-kenderaan motor yang direka bentuk sebagai mesin lengkap terkandung sendiri, didorongkan dengan cara mekanisme yang terkandung di dalam badannya sendiri dan yang berat tanpa muatannya melebihi lima ribu kilogram dan boleh digunakan di atas jalan;

(h)

jentera bergerak ringan; iaitu, kenderaan-kenderaan motor, yang berat tanpa muatannya tidak melebihi lima ribu kilogram dan jika sebaliknya, tergolong di dalam takrif, “jentera bergerak berat”;

(i)

kenderaan-kenderaan yang dikawal oleh pejalan kaki;

iaitu, kenderaan-kenderaan motor yang dibina bagi maksud membawa muatan atau penumpang dan dikawal oleh seseorang yang tidak duduk atau naik di atas kenderaan tersebut;

(j)

kenderaan-kenderaan troli; iaitu, kenderaan-kenderaan yang mendapat kuasanya daripada kabel atau rel atas dan mempunyai sambungan dengan sumber kuasa tersebut secara takal atau peranti yang lain;

(k)

treler; iaitu, kenderaan-kenderaan selain alat-alat tanah yang ditarik oleh sesuatu kenderaan motor, sama ada atau

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

tidak sebahagian daripada treler itu diletakkan di atas kenderaan yang menariknya.

(2)

Menteri boleh membuat kaedah-kaedah bagi memecah bahagikan mana-mana kelas yang dinyatakan dalam subseksyen (1), sama ada mengikut berat, pembinaan, jenis tayar, kegunaan atau selainnya dan membuat peruntukan yang berlainan berkenaan dengan tiap-tiap satu pecah bahagian dan mengubah berkenaan dengan mana-mana kelas berat maksimum atau minimum yang ditentukan oleh seksyen ini.

(3)

Apa-apa rujukan di dalam Bahagian ini kepada sesuatu kelas kenderaan motor hendaklah termasuk rujukan kepada mana-mana pecah bahagian kelas itu.

(4)

Bagi maksud Bahagian ini, sesuatu kereta samping yang dipasangkan kepada motosikal hendaklah, jika ia mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, dianggap menjadi sebahagian daripada kenderaan di mana ia dipasang dan bukan sebagai suatu treler.

Larangan bagi kenderaan motor yang tidak mematuhi kaedah-kaedah