Malaysia legislation
Section 65
Seksyen 65
(2)
Mana-mana orang yang gagal mematuhi apabila dikehendaki mengalihkan sesuatu kenderaan motor di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
(3)
Jika mana-mana kenderaan yang telah, akibat daripada suatu kemalangan atau apa-apa sebab lain, rosak atau telah dibenarkan untuk berhenti di sesuatu jalan dalam apa-apa kedudukan atau apa-apa keadaan yang mungkin menyebabkan galangan, bahaya atau kesusahan kepada orang lain yang menggunakan jalan itu, seorang pegawai polis, seorang pegawai pengangkutan jalan, Dato Bandar,
Perbadanan Putrajaya, Datuk Bandar sesuatu Majlis Bandaraya,
Yang Dipertua Majlis Perbandaran, Pengerusi Majlis Perbandaran atau Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia atau syarikat konsesi yang diberi kuasa sewajarnya secara bertulis oleh Ketua Pengarah
Lembaga Lebuhraya Malaysia boleh menyebabkan kenderaan motor itu dialihkan ke suatu tempat yang sesuai dan ditinggalkan di situ atas risiko pemunyanya dan boleh menahannya sehingga apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta ini bagi pengalihan dan penahanannya dibayar.
(4)
Fi di bawah subseksyen (3) hendaklah dibayar kepada—
(a)
Ketua Pegawai Polis, jika yang menyebabkan kenderaan motor itu dialih ialah seorang pegawai polis;
(aa) pegawai pengangkutan jalan, jika yang menyebabkan kenderaan motor itu dialih ialah seorang pegawai pengangkutan jalan;
(b)
Dato Bandar, jika yang menyebabkan kenderaan motor itu dialih ialah seorang warden lalu lintas atau mana-mana pegawai dalam perkhidmatan Bandaraya Kuala Lumpur yang diberi kuasa secara bertulis oleh Dato Bandar;
(c)
Perbadanan Putrajaya jika yang menyebabkan kenderaan motor itu dialih ialah seorang warden lalu lintas atau mana-mana pegawai dalam perkhidmatan Perbadanan
Putrajaya;
112 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
(ca) Datuk Bandar sesuatu Majlis Bandaraya, Yang Dipertua
Majlis Perbandaran atau Pengerusi Majlis Perbandaran, jika yang menyebabkan kenderaan motor itu dialih ialah seorang warden lalu lintas atau mana-mana pegawai dalam perkhidmatan Majlis Bandaraya atau Majlis
Perbandaran;
(d)
Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, jika yang menyebabkan kenderaan motor itu dialih ialah seorang pegawai Lembaga Lebuhraya Malaysia yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya
Malaysia; atau
(e)
syarikat konsesi, jika yang menyebabkan kenderaan motor itu dialih ialah seorang pegawai syarikat konsesi yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah
Lembaga Lebuhraya Malaysia.
(5)
Seseorang pegawai polis, seorang pegawai pengangkutan jalan,
Dato Bandar, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia,
Perbadanan Putrajaya, Datuk Bandar sesuatu Majlis Bandaraya,
Yang Dipertua Majlis Perbandaran, Pengerusi Majlis Perbandaran atau mana-mana orang lain yang bertindak di bawah arahannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak boleh menanggung apa-apa liabiliti bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan kepada mana-mana kenderaan motor atau lekapan atau kandungannya semasa ia dialihkan atau semasa ia ditahan, melainkan jika kerosakan itu disebabkan cuai atau bersengaja.
(6)
Apabila mana-mana kenderaan motor ditahan di bawah seksyen ini, pegawai yang menahan kenderaan motor itu hendaklah dengan seberapa segera yang munasabah memberi notis secara bertulis mengenai penahanan itu kepada pemunya kenderaan motor itu jika nama dan alamat pemunya itu diketahuinya, dan jika kenderaan motor itu tidak dituntut oleh pemunya dalam masa tiga bulan dari tarikh penahanannya, pegawai itu boleh, selepas memberikan satu bulan notis di dalam Warta mengenai niatnya hendak berbuat demikian, menjualkan dengan cara lelong awam atau selainnya melupuskan kenderaan motor itu dan muatannya (jika ada); dengan syarat bahawa tiada apa-apa notis sedemikian perlu diberikan dalam
Pengangkutan Jalan 113
hal apa-apa muatan jenis mudah musnah. Hasil, jika ada, daripada jualan atau pelupusan itu hendaklah dipakai untuk pembayaran apa-apa fi yang dikenakan di bawah Akta ini dan lebihnya, jika ada, hendaklah dibayar kepada pemunya kenderaan motor itu atau jika tidak dituntut oleh orang itu dalam masa dua belas bulan selepas tarikh jualan atau pelupusan itu, hendaklah dilucut hak pada Kerajaan
Persekutuan, Dato Bandar, atau Perbadanan Putrajaya, Datuk Bandar sesuatu Majlis Bandaraya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran,
Pengerusi Majlis Perbandaran, atau Ketua Pengarah Lembaga
Lebuhraya Malaysia mengikut mana-mana yang berkenaan.
(7)
Tanpa menjejaskan kuasa Menteri di bawah perenggan 66(1)(f),
Dato Bandar, atau Perbadanan Putrajaya, Datuk Bandar sesuatu
Majlis Bandaraya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran, Pengerusi
Majlis Perbandaran, atau Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya
Malaysia, boleh, selepas berunding dengan Menteri, melalui kaedah-kaedah mengenakan fi bagi pengalihan mana-mana kenderaan daripada mana-mana jalan dalam kawasan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur atau Wilayah Persekutuan Putrajaya dan bagi penahanannya menurut seksyen ini.
(8)
Bagi maksud seksyen ini, “syarikat konsesi” ertinya mana-mana syarikat yang diberi kuasa untuk menuntut, mengutip dan mendapatkan bayaran tol di bawah perintah yang dibuat di bawah seksyen 2 Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian)
1984 [Akta 306].
Kaedah-kaedah