Malaysia legislation

Section 66

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 66

Pengangkutan Jalan 111

(a)

bagi mengawal selia lebar, tinggi, tapak roda, panjang, unjuran dan berat gandar kenderaan motor dan muatan yang dibawa olehnya; garis pusat roda dan lebarnya;

jenis dan keadaan tayar; dan bagi melarang penggunaan apa-apa roda, runut atau tayar yang mungkin menyebabkan kerosakan pada jalan-jalan;

(b)

bagi mengawal, berhubungan dengan penggunaan kenderaan-kenderaan motor, pengeluaran asap, benda berminyak, abu, air, stim, wap boleh nampak, wasap berbahaya, bunga api, bara mati, gas atau kersik;

(c)

bagi melarang bunyi yang berlebihan disebabkan oleh reka bentuk atau keadaan kenderaan motor atau disebabkan oleh penggunaan atau muatannya;

(d)

bagi mengawal selia berat maksimum tanpa muatan bagi traktor berat dan motokar berat, dan berat maksimum dengan muatan kenderaan motor dan berat maksimum yang dipindahkan pada jalan atau mana-mana jalan tertentu atau mana-mana kawasan tertentu sesuatu jalan oleh sesuatu kenderaan motor daripada apa-apa kelas atau jenis, atau oleh mana-mana bahagian kenderaan itu yang bersentuhan dengan jalan, dan syarat-syarat yang menurutnya berat kenderaan itu mungkin dikehendaki diuji;

(e)

bagi menetapkan butir-butir yang hendak ditandakan pada kenderaan motor;

(f)

(Dipotong oleh Akta A1391);

(g)

bagi menentukan bilangan dan jenis spring dan brek yang hendak dilengkapkan pada kenderaan motor, dan bagi memastikan bahawa spring, brek, penyenyap dan gear stereng adalah cekap dan dijaga dalam keadaan dapat berfungsi dengan sepatutnya;

(h)

bagi mengawal selia perkakas yang hendak dipasang untuk memberi isyarat tentang ketibaan kenderaan motor atau untuk membolehkan pemandu kenderaan itu sedar

Pengangkutan Jalan 115

akan kenderaan lain yang datang daripada belakang, atau untuk menunjukkan apa-apa perubahan kelajuan atau arah kenderaan motor itu, bagi mengawal selia atau melarang penggunaan mana-mana perkakas itu dan bagi menjamin bahawa kenderaan itu adalah cekap dan dijaga dalam keadaan dapat berfungsi dengan sepatutnya;

(i)

bagi melarang, berhubungan dengan penggunaan kenderaan motor, penggunaan apa-apa perkakas, perkakas tambahan atau jentera, atau perlakuan apa-apa perbuatan, yang mungkin menyebabkan kegusaran atau bahaya;

(j)

bagi mengawal selia lampu yang dikehendaki dibawa oleh kenderaan motor sama ada mengenai jenis lampu itu, kedudukan di mana lampu itu hendak dipasangkan, dan waktunya bila lampu itu kena dipasang, atau selainnya;

(k)

bagi mengawal selia bilangan treler yang boleh dipasang berderet pada mana-mana kenderaan motor, cara pemasangan, cara bagaimana treler itu boleh dapat dikawal dan berat maksimumnya;

(l)

bagi menetapkan bilangan orang yang diambil kerja bagi memandu atau menjaga kenderaan motor, dan bagi mengawal selia tugas dan kelakuan orang itu;

(m)

(Dipotong oleh Akta A1391);

(n)

bagi menetapkan had laju maksimum bagi kenderaan motor daripada apa-apa kelas atau jenis dan bagi memperuntukkan pengecualian dalam hal khas;

(o)

bagi mengawal selia pendaftaran dan pelesenan kenderaan motor, bagi menetapkan kawasan pendaftaran dan bagi menguntukkan tanda pengenalan bagi tiap-tiap satu kawasan itu, bagi menetapkan borang permohonan dan akuan untuk, dan kandungan bagi, lesen kenderaan motor dan lesen perdagangan motor, bagi menetapkan fi yang dikenakan baginya dan cara pembayarannya, dan

116 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

bagi mengadakan kemudahan khas bagi pelesenan kenderaan motor yang dibawa masuk ke dalam Malaysia;

(p)

bagi membuat peruntukan berkenaan dengan pemberian butir-butir pendaftaran dan fi yang akan dibayar bagi butir-butir itu;

(q)

bagi membuat peruntukan berkenaan dengan penyerahan balik lesen yang menjadi tidak sah dengan cara lain daripada keluputan masa;

(r)

bagi membuat peruntukan berkenaan dengan pengeluaran suatu perakuan pendaftaran bagi pendaftaran mana-mana kenderaan motor dan bagi penyerahan balik, pemindahan milik, pengemukaan dan pemeriksaan mana-mana perakuan pendaftaran yang dikeluarkan sedemikian oleh orang yang ditetapkan, dan bagi pengeluaran perakuan pendaftaran baharu dan lesen kenderaan motor baharu menggantikan mana-mana perakuan pendaftaran atau lesen yang hilang, cacat atau musnah, dan bagi fi yang akan dibayar apabila perakuan atau lesen itu dikeluarkan;

(s)

bagi menetapkan saiz, bentuk dan huruf nombor pendaftaran dan tanda yang hendak diperagakan pada mana-mana kenderaan motor dan cara bagaimana nombor pendaftaran atau tanda itu hendak dipasang, diperagakan, disuar dan dijadikan mudah dicamkan, sama ada pada waktu malam atau pada waktu siang, dan bagi membuat peruntukan berkenaan dengan nombor pendaftaran yang berlainan atau tanda lain yang hendak dibawa oleh kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan barangan, atau oleh kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan barangan yang dilesenkan bagi suatu maksud tertentu;

(t)

bagi menghendaki mana-mana orang yang kepadanya mana-mana kenderaan motor dijual atau dilupuskan memberikan butir-butir yang ditetapkan mengikut cara yang ditetapkan;

Pengangkutan Jalan 117

(u)

bagi menetapkan borang permohonan dan butir-butir yang hendak dimasukkan ke dalam permohonan bagi suatu lesen perdagangan motor dan tanda pengenalan yang hendak dibawa oleh mana-mana kenderaan motor yang digunakan di bawah lesen itu dan bagi menentukan maksud yang pemegang lesen perdagangan motor itu boleh menggunakan suatu kenderaan motor di bawah lesen itu;

(v)

bagi meluaskan mana-mana peruntukan mengenai pendaftaran, dan peruntukan yang bersampingan dengan mana-mana peruntukan sedemikian, pada mana-mana kenderaan motor yang berkenaan dengannya fi di bawah

Akta ini tidak kena dibayar (termasuk kenderaan motor yang dipunyai oleh Kerajaan), dan bagi membuat peruntukan berkenaan dengan pengenalan mana-mana kenderaan motor itu;

(w)

bagi menghendaki Pengarah membuat penyata yang ditetapkan berkenaan dengan kenderaan motor yang didaftarkan dengan mereka, dan untuk membolehkan apa-apa butir yang terkandung dalam daftar dapat digunakan oleh orang yang ditetapkan;

(x)

bagi mengecualikan dengan atau tanpa syarat mana-mana orang atau kumpulan orang atau mana-mana kenderaan motor atau jenis kenderaan motor daripada kuat kuasa segala atau mana-mana peruntukan Bahagian ini atau daripada fi yang kena dibayar di bawahnya, atau bagi mengurangkan fi itu;

(y)

bagi mengawal selia pemberian lesen memandu, bagi menetapkan borang permohonan untuk lesen itu dan bentuk serta kandungan lesen tersebut, bagi menetapkan syarat yang hendak dikenakan terhadapnya, bagi menetapkan fi yang dikenakan baginya dan cara pembayarannya;

(z)

berkenaan dengan—

(i)

jenis ujian kekompetenan memandu;

118 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

(ii)

bukti mengenai keputusan ujian itu;

(iii)

penyakit dan ketidakdayaan yang mengenainya seseorang pemohon lesen memandu tidak berhak menuntut supaya dikenakan ujian mengenai kelayakan dan kebolehannya untuk memandu;

(iv)

fi yang dikenakan bagi ujian itu dan cara pembayarannya;

(aa) bagi menghendaki seseorang yang mengemukakan dirinya untuk ujian kekompetenan memandu menyediakan suatu kenderaan motor bagi maksud ujian itu;

(bb) bagi memastikan bahawa orang yang mengemukakan dirinya untuk ujian kekompetenan memandu dan yang tidak lulus ujian itu tidak boleh mengemukakan dirinya untuk suatu ujian lain sebelum habis sesuatu tempoh sebagaimana yang ditetapkan, kecuali di bawah suatu perintah yang dibuat oleh mahkamah menurut kuasa yang diberikan oleh subseksyen 29(5);

(cc)

bagi mengadakan kemudahan khas mengenai pemberian lesen memandu kepada orang yang tidak bermastautin dengan tetap di Malaysia atau di Republik Singapura dan bagi mengetepikan kehendak seksyen 29 dalam hal mana-mana orang itu;

(dd)

bagi mengadakan peruntukan supaya Pengarah berhubung antara satu sama lain, dan dengan Pengarah atau orang yang menjalankan fungsi yang sama di Republik Singapura, mengenai butir-butir lesen memandu; bagi mengadakan peruntukan supaya pada bila-bila masa butir-butir mengenai mana-mana orang yang dihilangkan kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen atau yang lesennya digantung atau diendorskan boleh didapatkan untuk kegunaan polis, bagi menghalang seseorang memegang lebih daripada satu lesen memandu, bagi memudahkan pengenalan pemegang lesen memandu, bagi mengadakan peruntukan mengenai pemberian suatu lesen baharu menggantikan lesen

Pengangkutan Jalan 119

yang hilang atau rosak dan bagi mengadakan peruntukan mengenai pembayaran apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan dan pada amnya berkaitan dengan lesen memandu;

(ee) bagi mengadakan peruntukan mengenai pengawalan sekolah atau penetapan bagi pengajaran pemandu kenderaan motor;

(ff) bagi menghendaki tali pinggang keledar dipasangkan pada sesuatu kelas atau jenis kenderaan motor sebagaimana yang dinyatakan, bagi menetapkan standard minimum tentang kualiti bahan dan pembuatan berkenaan dengan tali pinggang keledar dan tempat di mana tali pinggang keledar itu hendak dipasang, bagi menghendaki penggunaan tali pinggang keledar itu dan bagi melarang penjualan atau pembekalan tali pinggang keledar tersebut;

(gg) tanpa menjejaskan Akta ini, bagi memperkenalkan suatu sistem di mana apa-apa kesalahan tertentu di bawah Akta ini, yang dilakukan (termasuk kesalahan yang boleh dikompaun)

oleh mana-mana orang yang memegang apa-apa kelas lesen memandu, direkodkan dengan mengendorskan pada lesen memandunya atau selainnya dan bagi mengadakan peruntukan mengenai penggantungan orang itu daripada memandu apa-apa atau segala kelas kenderaan motor selepasnya bagi sesuatu tempoh;

(hh) bagi mengenakan caj bagi pengalihan suatu kenderaan motor daripada mana-mana jalan dan bagi penahanan kenderaan motor itu;

(ii)

bagi menetapkan bilangan orang yang boleh dibawa atas mana-mana kenderaan motor

(selain kenderaan komersial);

(jj) bagi menetapkan tatacara berhubungan dengan tender nombor pendaftaran;

120 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

(kk) bagi mengawal selia penggunaan apa-apa jenis bahan api yang digunakan bagi maksud menggerakkan kenderaan motor;

(ll)

bagi menetapkan tatacara berhubungan dengan penimbangan kenderaan motor dan jenis mesin penimbang yang digunakan selepas perundingan dengan

Ketua Inspektor Timbang dan Sukat;

(mm)

bagi menetapkan tatacara berhubungan dengan penggunaan dan pengujian alat penganalisis nafas dan tatacara berhubungan dengan ujian darah dan air kencing pemandu kenderaan motor dan jenis alat penganalisis nafas yang hendak digunakan;

(nn) bagi mengawal selia penarikan pendaftaran kenderaan motor;

(oo) bagi mengawal selia pengubahan dan pengubahsuaian kepada kenderaan motor berdaftar;

(pp) bagi menetapkan jenis kelulusan apa-apa model kenderaan motor yang baharu dan bagi mengawal selia kualiti pembuatan dan pemasangan kenderaan motor dan mekanisme pemanggilan kembali dan untuk mengadakan peruntukan bagi fi yang akan dikenakan berhubung dengannya;

(qq) bagi mengawal selia penjalanan apa-apa fungsi Pengarah oleh mana-mana orang yang diberi kuasa untuk melakukannya di bawah Akta ini;

(rr) bagi mengadakan peruntukan bagi penggunaan pengapit roda atau kelengkapan lain berkenaan dengan kesalahan meletak kereta tertentu, jenis pengapit roda atau kelengkapan lain yang hendak digunakan, cara penggunaannya dan fi yang akan dikenakan berkenaan dengan penahanan sesuatu kenderaan motor berbangkit daripada penggunaan pengapit roda;

Pengangkutan Jalan 121

(ss) bagi menetapkan apa-apa bahan sebagai dadah bagi pengertian dan maksud Akta ini; dan

(tt) bagi mengawal selia penggunaan apa-apa kaca atau bahan lutsinar lain yang dipasangkan pada suatu kenderaan motor dan untuk mengadakan peruntukan bagi fi yang akan dikenakan berhubung dengannya.

(2)

(a)

Menteri dalam menetapkan fi yang hendak dikenakan bagi pelesenan kenderaan motor di bawah perenggan (1)(o) boleh menetapkan—

(i)

kadar fi yang berlainan bagi kelas kenderaan yang berlainan;

(ii)

bahawa pembayaran fi yang tersebut dahulu berkenaan dengan kenderaan motor selain bas berhenti-henti, bas ekspres dan bas carter boleh dikaitkan dengan keupayaan enjin kenderaan itu; dan

(iii)

bahawa pembayaran fi yang tersebut dahulu berkenaan dengan bas berhenti-henti, bas ekspres dan bas carter boleh dikaitkan pertamanya dengan keupayaan enjin bas-bas itu, dan keduanya dengan keupayaan muatan tempat duduk bas itu atau penerimaan kutipan kasar semasa suatu tempoh yang ditetapkan berkaitan dengan tambang yang dikenakan ke atas penumpang bas itu.

(b)

Fi yang ditetapkan di bawah subperenggan (a)(iii) subseksyen ini yang berhubungan dengan penerimaan kutipan kasar hendaklah genap masa dan kena dibayar dalam suatu tempoh yang ditetapkan dan hendaklah bagi maksud perenggan 17(1)(c) tidak boleh diambil kira sebagai fi yang ditetapkan.

(3)

(a)

Bagi maksud menentukan fi yang kena dibayar mengikut subperenggan (2)(a)(iii), yang berhubungan dengan penerimaan kutipan kasar, Pengarah boleh menerima rekod pemegang suatu lesen yang dikehendaki disenggarakan dan dikemukakan di bawah Akta

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 sebagai bukti yang

122 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

cukup bagi perkara yang terkandung di dalamnya dan fi yang kena dibayar boleh ditaksirkan oleh Pengarah dengan sewajarnya.

(b)

Jika kemudiannya didapati bahawa rekod yang disebut sebelumnya dalam perenggan (a) subseksyen ini mengandungi apa-apa maklumat yang tidak benar berhubungan dengan apa-apa perkara yang menyentuh kesemua atau mana-mana bahagian fi yang kena dibayar oleh pemegang lesen mengikut subperenggan (2)(a)(iii), maka adalah sah di sisi undang-undang bagi Pengarah jika kesemua atau mana-mana bahagian fi itu telah terkurang dibayar untuk menghendaki supaya pemegang itu hendaklah membayar kekurangan itu tanpa menjejaskan apa-apa remedi lain bagi mendapatkan kembali fi yang kena dibayar.

(c)

Maka adalah sah bagi Pengarah jika dibuktikan sehingga memuaskan hatinya bahawa apa-apa fi yang kena dibayar mengikut subperenggan (2)(a)(iii) telah terlebih dibayar, untuk membayar balik fi yang lebih dibayar itu:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa bayaran balik sedemikian boleh dibenarkan melainkan jika tuntutan berkenaan dengannya dibuat dalam masa dua tahun selepas bayaran itu dibuat.

(d)

Tanpa menjejaskan apa-apa remedi lain, apa-apa fi yang kena dibayar mengikut subperenggan (2)(a)(iii) boleh didapatkan kembali oleh Menteri sebagai hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan

Persekutuan.

BAHAGIAN IIA

PEMERIKSAAN BERKALA KENDERAAN MOTOR

Perakuan Pemeriksaan dikehendaki bagi kenderaan motor tertentu

Section 66 — ROAD TRANSPORT ACT 1987 | mylaw.my