Malaysia legislation

Section 66G

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 66G

Menteri boleh membuat kaedah-kaedah bagi apa-apa maksud yang baginya kaedah-kaedah boleh dibuat di bawah Bahagian ini dan bagi menetapkan apa-apa yang boleh ditetapkan di bawah Bahagian ini, dan pada amnya bagi maksud menguatkuasakan Bahagian ini, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu, boleh membuat kaedah-kaedah berkenaan dengan mana-mana perkara yang berikut:

(a)

untuk menetapkan jenis dan tatacara bagi pemeriksaan kenderaan motor;

126 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

(b)

untuk menetapkan jenis kelengkapan dan sistem yang akan digunakan bagi pemeriksaan, dan pembaikan, penyenggaraan, penentukuran dan pengujian aparatus atau kelengkapan bagi pemeriksaan;

(c)

untuk menetapkan bentuk perakuan pemeriksaan dan untuk mengawal selia cara ia dikeluarkan;

(d)

untuk menetapkan cara yang mengikutnya kenderaan motor hendaklah dikemukakan bagi pemeriksaan;

(e)

untuk mengawal selia penggunaan pusat pemeriksaan kenderaan dan aparatus dan kelengkapan di dalamnya oleh seseorang pegawai pengangkutan jalan yang diberi kuasa oleh

Ketua

Pengarah untuk menjalankan pemeriksaan rambang ke atas pemeriksaan yang dijalankan di pusat itu;

(f)

untuk menetapkan jenis papan tanda di pusat pemeriksaan kenderaan; dan

(g)

untuk menetapkan cara yang mengikutnya rayuan boleh dibuat oleh mana-mana orang dan tatacara baginya.

BAHAGIAN IIB

KENDERAAN MOTOR ASING

Permit masuk kenderaan motor asing

Section 66G — ROAD TRANSPORT ACT 1987 | mylaw.my