Malaysia legislation
Section 66H
Seksyen 66H
(2)
Mana-mana orang yang memandu kenderaan motor asing melalui tempat masuk yang dibenarkan hendaklah mengemukakan, apabila diminta oleh mana-mana pegawai pengangkutan jalan, apa-apa
Pengangkutan Jalan 127
perakuan pendaftaran, lesen, permit atau apa-apa dokumen lain yang serupa yang dikeluarkan berkenaan dengan kenderaan motor itu oleh pihak berkuasa yang sewajarnya di negara di mana kenderaan itu didaftarkan.
(3)
Jika pegawai pengangkutan jalan itu berpuas hati bahawa orang yang memandu kenderaan motor asing itu akan tinggal sementara sahaja di Malaysia, pegawai itu boleh, setelah dibayar fi yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, mengeluarkan permit masuk bagi kenderaan motor asing berkenaan dengan kenderaan itu bagi apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(4)
Setelah permit masuk kenderaan motor asing itu dikeluarkan, pegawai pengangkutan jalan itu hendaklah menyebabkan supaya direkodkan—
(a)
butir-butir pemandu seperti nama dan nombor lesen memandu;
(b)
nombor pendaftaran kenderaan motor asing itu;
(c)
jenis kenderaan motor asing itu;
(d)
tarikh, masa dan tempat ketibaan kenderaan motor asing itu;
(e)
tempoh sah dan syarat-syarat lain permit masuk bagi kenderaan motor asing itu; dan
(f)
apa-apa maklumat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(5)
Pengarah hendaklah menyimpan dan menyenggarakan rekod kenderaan motor dan pemandu yang berkenaan dengannya permit masuk kenderaan telah dikeluarkan dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.
(6)
Ketua Pengarah atau pegawai pengangkutan jalan itu boleh enggan untuk mengeluarkan permit masuk bagi kenderaan motor asing atau membatalkan permit masuk bagi kenderaan motor asing yang telah dikeluarkan jika—
128 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
(a)
kenderaan motor asing itu melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini; atau
(b)
Ketua Pengarah atau pegawai pengangkutan jalan itu mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kenderaan motor asing yang berkenaan dengannya permohonan atau permit itu telah atau dicadangkan untuk digunakan bagi apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang.
(7)
Mana-mana orang yang memandu kenderaan motor asing tanpa permit masuk yang dikeluarkan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Pengecualian