Malaysia legislation

Section 67

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 67

Bagi maksud Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“jalan Persekutuan” ertinya suatu jalan Wilayah Persekutuan yang ditetapkan dan suatu jalan yang diisytiharkan menjadi jalan

Persekutuan di bawah undang-undang Persekutuan;

“jalan Wilayah Persekutuan yang ditetapkan” ertinya suatu jalan dalam

Wilayah Persekutuan yang diisytiharkan sebagai suatu jalan Wilayah

Persekutuan yang ditetapkan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerja raya setelah berunding dengan Dato Bandar jika jalan itu terletak dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, atau

Yang Dipertua Perbandaran mana-mana Wilayah Persekutuan lain jika jalan itu terletak dalam Wilayah Persekutuan lain itu;

“pihak berkuasa yang berkenaan”—

(a)

berhubungan dengan mana-mana jalan selain suatu jalan

Persekutuan yang terletak dalam kawasan mana-mana pihak berkuasa tempatan, ertinya suatu pihak berkuasa tempatan yang diisytiharkan bagi maksud tersebut sebagai suatu pihak berkuasa yang berkenaan oleh

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab mengenai kerajaan tempatan selepas berunding dengan

Kerajaan Negeri yang berkenaan dan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerja raya;

130 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

(b)

berhubungan dengan mana-mana jalan, selain suatu jalan

Wilayah Persekutuan yang ditetapkan, dalam Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur, ertinya Dato Bandar, dan berhubungan dengan mana-mana jalan lain, selain suatu jalan Wilayah Persekutuan yang ditetapkan, yang terletak dalam mana-mana Wilayah Persekutuan lain ertinya

Yang Dipertua Perbandaran Wilayah Persekutuan itu;

(c)

berhubungan dengan mana-mana jalan selain suatu jalan

Persekutuan yang terletak dalam sesuatu Negeri tetapi tidak di dalam mana-mana kawasan yang diperihalkan dalam perenggan (a) atau (b) ertinya Kerajaan Negeri itu;

(d)

berhubungan dengan mana-mana jalan di bawah bidang kuasa Lembaga Lebuhraya Malaysia ertinya Ketua Pengarah

Lembaga Lebuhraya;

(e)

berkenaan dengan mana-mana jalan yang terletak dalam

Wilayah Persekutuan Putrajaya, ertinya Perbadanan

Putrajaya.

Kod lebuh raya