Malaysia legislation

Section 68

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 68

(2)

Kod lebuh raya dan apa-apa pengubahan yang dicadangkan hendak dibuat dalam peruntukan kod itu atas apa-apa penyemakannya hendaklah, sebaik sahaja disediakan oleh Menteri, disiarkan dalam Warta.

(3)

Kegagalan di pihak mana-mana orang bagi mematuhi mana-mana peruntukan kod lebuh raya tidak dengan sendirinya menyebabkan orang itu berliabiliti ke atas apa-apa jenis prosiding jenayah, tetapi dalam apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, sesuatu kegagalan sedemikian boleh dijadikan asas oleh mana-mana pihak

Pengangkutan Jalan 131

dalam prosiding itu sebagai membuktikan atau menafikan apa-apa liabiliti yang menjadi soal dalam prosiding itu.

Had laju