Malaysia legislation

Section 69

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 69

(1A)

Walau apa pun subseksyen

(1)

,

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerja raya boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan bagi mana-mana lebuh raya atau mana-mana bahagian daripadanya suatu had laju yang lebih rendah, atau dengan persetujuan Menteri, yang lebih tinggi daripada had laju kebangsaan.

(1B)

Mana-mana orang yang gagal mematuhi had laju kebangsaan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) atau had laju yang ditetapkan dalam subseksyen (1A) melakukan suatu kesalahan.

(2)

Walau apa pun yang terkandung dalam subseksyen (1) Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerja raya berhubungan dengan suatu jalan Persekutuan, termasuk lebuh raya dan pihak berkuasa yang berkenaan berhubungan dengan suatu jalan selain jalan Persekutuan dalam kawasan pihak berkuasa itu, boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta melarang pemanduan kenderaan motor, atau apa-apa kelas atau perihalan tertentu kenderaan motor dengan kelajuan yang lebih daripada kelajuan yang dinyatakan dalam perintah itu, di atas mana-mana jalan atau bahagiannya yang dinyatakan dalam perintah itu, dan sama ada pada amnya atau pada suatu masa atau masa tertentu:

Dengan syarat bahawa had laju yang dinyatakan dalam perintah tersebut tidak melebihi had laju kebangsaan atau yang berhubungan dengan suatu lebuh raya atau sebahagian daripadanya, had laju yang ditetapkan di bawah subseksyen (1A) bagi lebuh raya itu atau sebahagian daripadanya.

(3)

Orang yang berikut hendaklah mendirikan dan menyenggarakan dalam apa-apa kedudukan di mana-mana tempat

132 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

yang dapat memberi notis yang mencukupi mengenai had laju yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) dan (1A) dan larangan di bawah subseksyen (2), apa-apa isyarat lalu lintas sebagaimana yang ditetapkan, yang menunjukkan jenis larangan itu:

(a)

yang berhubungan dengan jalan Persekutuan yang merupakan lebuh raya, Ketua Pengarah Lembaga

Lebuhraya Malaysia atau mana-mana orang yang diberi kuasa yang sepatutnya oleh Ketua Pengarah Lembaga

Lebuhraya Malaysia, yang merupakan seorang yang diberi kuasa di bawah Akta Jalan-Jalan Persekutuan

(Pengurusan Persendirian) 1984 [Akta 306];

(b)

yang berhubungan dengan jalan Persekutuan yang bukannya lebuh raya, Ketua Pengarah Kerja Raya; dan

(c)

yang berhubungan dengan mana-mana jalan lain dalam kawasan mana-mana pihak berkuasa tempatan, pihak berkuasa tempatan yang berkenaan itu.

(4)

Dalam seksyen ini, “lebuh raya” ertinya—

(a)

jalan Persekutuan yang di atasnya lalu lintas bagi kedua-dua hala dipisahkan oleh median dan yang persimpangannya disambungkan kepada jalan awam melalui persimpangan bertingkat tanpa apa-apa sambungan terus kepada mana-mana jalan persendirian; atau

(b)

jalan Persekutuan yang diisytiharkan sebagai lebuh raya oleh

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerja raya melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, yang merupakan jalan yang di atasnya lalu lintas bagi kedua-dua hala dipisahkan oleh median dan yang persimpangannya disambungkan kepada jalan awam atau jalan persendirian.

Kuasa menyekat penggunaan kenderaan pada jalan tertentu