Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(2)
Menteri boleh membatal, mengubah atau meminda apa-apa pemberitahuan yang dibuat di bawah seksyen ini.
Pengangkutan Jalan 29
(3)
Tertakluk pada seksyen ini, tidak sah di sisi undang-undang untuk menjual atau membekalkan, atau menawarkan untuk menjual atau membekalkan, sesuatu kenderaan motor untuk dihantar dalam apa-apa keadaan yang menyebabkan penggunaannya dalam keadaan sedemikian menjadi tidak sah di sisi undang-undang menurut seksyen ini.
(4)
Tertakluk pada seksyen ini, adalah tidak sah di sisi undang-undang untuk mengubah sesuatu kenderaan motor hingga menjadikan sebegitu keadaannya yang mana penggunaannya dalam keadaan tersebut menjadi tidak sah di sisi undang-undang menurut seksyen ini.
(5)
Jika sesuatu kenderaan motor telah digunakan, dijualkan atau dibekalkan atau ditawarkan untuk jualan atau diubahkan dengan melanggar seksyen ini, mana-mana orang yang menggunakan kenderaan motor itu atau menyebabkan atau membenarkannya digunakan sedemikian dan mana-mana orang yang menjualkan atau membekalkan atau menawarkan untuk jualan sedemikian atau mengubah kenderaan motor tersebut atau menyebabkan atau membenarkannya dijualkan, dibekalkan untuk jualan atau diubahkan, melakukan suatu kesalahan:
Dengan syarat bahawa seseorang tidak boleh disabitkan dengan sesuatu kesalahan di bawah subseksyen ini berkenaan dengan penjualan, pembekalan, penawaran untuk jualan atau pengubahan sesuatu kenderaan motor jika dibuktikannya bahawa kenderaan motor itu telah dijualkan, dibekalkan, ditawarkan untuk jualan atau diubahkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk dieksport dari Malaysia atau bahawa dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa kenderaan motor itu tidak akan digunakan di Malaysia atau tidak akan digunakan sedemikian sehingga kenderaan itu telah dibaiki keadaannya di mana ia boleh digunakan sedemikian dengan tidak menyalahi undang-undang dan bahawa menjadi satu syarat bagi penjualan, pembekalan, penawaran untuk jualan atau pengubahan itu bahawa kenderaan motor itu tidak akan digunakan sedemikian sehingga ia telah dibaiki keadaannya sehingga boleh digunakan sedemikian dengan tidak menyalahi undang-undang di bawah seksyen ini.
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
Pendaftaran kenderaan motor
Pendaftaran kenderaan motor dan pemunya