Malaysia legislation
Section 70
Seksyen 70
(1A)
Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh memperuntukkan bahawa jenis atau kategori tertentu kenderaan motor yang dikenal pasti dalam perintah itu boleh dikecualikan daripada mematuhi perintah itu oleh mana-mana orang yang dinyatakan dalamnya.
(2)
Tertakluk kepada apa-apa kaedah yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 75, atau selainnya berhubungan dengan pengawalseliaan lalu lintas, suatu perintah boleh dibuat di bawah seksyen ini bagi mana-mana atau segala maksud yang berikut:
(a)
penentuan jalan arah yang akan diikuti oleh kenderaan;
(b)
larangan atau pengehadan penggunaan jalan tertentu oleh kenderaan-kenderaan daripada apa-apa kelas atau perihalan tertentu sama ada pada amnya atau pada waktu tertentu;
(c)
larangan pemanduan kenderaan di atas mana-mana jalan tertentu, selain mengikut sesuatu arah tertentu:
Dengan syarat bahawa—
134 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
(aa) tiada apa-apa perintah boleh dibuat di bawah subseksyen ini berkenaan dengan mana-mana jalan, yang akan berkuat kuasa sebagai melarang apa-apa akses yang dengan semunasabahnya dikehendaki bagi kenderaan-kenderaan daripada apa-apa kelas atau perihalan ke mana-mana premis yang terletak di jalan atau bersempadanan dengan jalan itu, atau yang akses baginya didapati daripada jalan itu;
(bb) tiada apa-apa perintah sedemikian boleh dibuat melainkan jika notis, dalam borang yang ditetapkan, mengenai cadangan membuat perintah itu disiarkan dalam Warta sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum tarikh dicadangkan membuat perintah itu, dan sebelum membuat perintah itu maka hendaklah menimbangkan—
(i)
apa-apa bantahan yang mungkin dibuat terhadap perintah yang dibuat itu;
(ii)
adanya jalan arah lain yang sesuai bagi lalu lintas yang akan atau mungkin terjejas oleh perintah tersebut.
(3)
Suatu pihak berkuasa yang berkenaan atau seorang jurutera
Jabatan Kerja Raya berhubungan dengan suatu jalan Persekutuan, apabila berpuas hati bahawa, oleh sebab keadaan suatu jalan atau pelaksanaan apa-apa kerja atau pembaikan di suatu jalan, adalah perlu, bagi mengelakkan bahaya yang serius kepada orang awam, atau kerosakan yang serius pada jalan itu, menyekat atau melarang bagi sementara penggunaan jalan itu oleh kenderaan, atau oleh kenderaan-kenderaan daripada apa-apa kelas atau perihalan tertentu, boleh menyekat atau melarang penggunaan jalan tersebut melalui notis yang diperagakan olehnya di jalan itu:
Dengan syarat bahawa—
(a)
sekatan atau larangan itu tidak boleh berkuat kuasa selama lebih dari tiga puluh hari dari tarikh sekatan atau larangan itu dikenakan;
Pengangkutan Jalan 135
(b)
selagi sekatan atau larangan itu masih berkuat kuasa suatu notis yang menyatakan efek sekatan atau larangan itu dan memperihalkan jalan arah lain yang ada bagi lalu lintas, hendaklah terus diletakkan dengan cara yang mudah dilihat di tiap-tiap bahagian hujung jalan yang dimaksudkan oleh notis itu, dan di tempat di mana lalu lintas perlu dilencongkan daripada jalan itu; dan
(c)
notis mengenai sekatan atau larangan itu hendaklah diberikan di balai polis yang berhampiran, kepada Ketua
Pegawai Polis dan kepada Ketua Pengarah dengan seberapa segera yang semunasabahnya praktik dan dalam apa-apa hal dalam masa dua puluh empat jam selepas sekatan atau larangan itu dikenakan.
(4)
Mana-mana orang yang menggunakan suatu kenderaan atau menyebabkan atau membenarkan suatu kenderaan digunakan dengan melanggar mana-mana sekatan atau larangan yang dibuat atau dikenakan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara bagi tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
Kuasa untuk mengehadkan kenderaan