Malaysia legislation
Section 72
Seksyen 72
(a)
menggunakan mana-mana tanah yang boleh diperoleh atau diuntukkan dengan sah di sisi undang-undang bagi maksud itu; atau
(b)
melalui perintah itu membenarkan penggunaan mana-mana bahagian sesuatu jalan sebagai tempat letak kereta atau tempat perhentian bagi kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan barangan:
Dengan syarat bahawa—
(aa) tiada apa-apa perintah sedemikian boleh membenarkan penggunaan mana-mana bahagian suatu jalan hingga dengan tidak semunasabahnya menyekat akses ke mana-mana premis yang bersempadanan dengan jalan itu, atau penggunaan jalan itu oleh mana-mana orang yang berhak menggunakannya, atau hingga menjadikan suatu kacau ganggu;
(bb) suatu perintah di bawah seksyen ini yang berhubungan dengan suatu jalan Persekutuan, atau yang menjejaskan kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan barangan tidak boleh dibuat tanpa persetujuan Menteri.
(2)
Pihak berkuasa yang berkenaan atau badan awam boleh mengambil segala langkah yang perlu untuk menyesuaikan bagi kegunaan sebagai tempat letak kereta atau tempat perhentian bagi kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan barangan mana-mana tanah yang tidak menjadi sebahagian daripada sesuatu jalan yang boleh digunakan dengan mudahnya bagi maksud itu.
(3)
Suatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh menetapkan—
Pengangkutan Jalan 137
(a)
kenderaan atau kelas kenderaan-kenderaan yang boleh menggunakan tempat letak kereta atau perhentian itu dan tempoh selama mana dan syarat yang tertakluk kepadanya tempat letak kereta atau tempat perhentian itu boleh digunakan; dan
(b)
caj, jika ada, yang akan dikenakan bagi menggunakan tempat letak kereta itu.
(4)
Jika apa-apa caj bagi menggunakan tempat letak kereta itu dikenakan atau dicadang hendak dikenakan menurut mana-mana perintah di bawah seksyen ini, perintah itu hendaklah menyatakan—
(a)
tempat letak kereta yang ditetapkan untuk meninggalkan kenderaan; dan
(b)
waktunya (sama ada pada tiap-tiap masa atau di antara waktu tertentu) selama mana kenderaan boleh diletakkan di sesuatu tempat letak kereta, dan boleh selanjutnya membuat peruntukan dalam mana-mana perkara yang berikut bagi tempat letak kereta:
(aa) bilangan dan dimensi ruang yang hendak diadakan;
(bb) kedudukan yang kenderaan itu hendak dipandu masuk atau dibawa keluar;
(cc)
cara bagaimana kenderaan itu hendak dipandu masuk atau dibawa keluar;
(dd)
larangan atau sekatan kepada kenderaan lain yang menunggu di tempat letak kereta itu, sama ada dalam kedudukan yang tersebut di atas, atau di tempat lain;
(ee) kedudukan dalam mana kenderaan lain yang dibenarkan oleh perintah itu boleh menunggu di tempat letak kereta itu atau bagi apa-apa maksud yang dinyatakan dalam perintah itu boleh menunggu;
138 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
(ff) caj yang akan dilevi berkenaan dengan penggunaannya dan cara pemungutannya;
(gg) pengalihan daripada tempat itu dan penyimpanan selamat mana-mana kenderaan yang berkenaan dengannya terdapat pelanggaran terhadap, atau ketidakpatuhan kepada peruntukan perintah itu atau apa-apa kaedah yang dibuat di bawah Akta ini;
(hh) pembinaan dan pemasangan apa-apa radas daripada jenis atau reka bentuk yang diluluskan oleh Menteri sama ada pada amnya atau secara khusus (yang akan diperihalkan sebagai “meter letak kereta”);
(ii)
larangan atau sekatan bagi menjalankan apa-apa perdagangan atau kegiatan lain atau melakukan apa-apa perkara lain di dalamnya;
(jj) menunjukkan tempat letak kereta itu dengan cara isyarat lalu-lintas mengikut seksyen 77:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menghendaki supaya diadakan di mana-mana tempat letak kereta ruang daripada saiz yang mencukupi bagi meletak mana-mana kenderaan tertentu.
(5)
Suatu notis yang menyatakan isi perintah itu dan caj yang ditetapkan olehnya hendaklah didirikan dan disenggarakan oleh pihak berkuasa yang berkenaan itu di tempat letak kereta atau tempat perhentian tersebut, atau berdekatan dengannya.
(6)
Tidak sah di sisi undang-undang bagi pemandu mana-mana kenderaan atau mana-mana orang yang diambil kerja berkaitan dengannya untuk berulang-alik mencari sewa atau mengambil penumpang untuk sewa atau upah semasa mana-mana kenderaan berada di tempat letak kereta yang masih tidak diwartakan sebagai suatu tempat perhentian untuk kenderaan perkhidmatan awam dan mana-mana orang yang bertindak dengan melanggar subseksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Pengangkutan Jalan 139
(7)
Jika mana-mana orang melanggar atau gagal mematuhi sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini tanpa sebab yang sah maka dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ratus ringgit.
(8)
Pihak berkuasa yang berkenaan atau badan awam hendaklah tidak menanggung apa-apa liabiliti berkenaan dengan apa-apa kerugian atau kerosakan terhadap mana-mana kenderaan atau lekapan atau kandungan apa-apa kenderaan yang diletakkan di mana-mana tempat letak kereta yang dibenarkan atau ditetapkan di bawah seksyen ini.
Perizaban tempat letak kereta bagi Perutusan Diplomatik