Malaysia legislation
Section 76
Seksyen 76
Jika seseorang pegawai polis berpakaian seragam atau seorang warden lalu lintas berpakaian seragam, yang pada masa itu sedang bertugas dalam mengawal selia lalu lintas kenderaan di suatu jalan, mana-mana pejalan kaki yang berjalan menyeberangi atau berjalan di sepanjang jalan kenderaan itu dengan melanggar suatu arahan untuk berhenti yang diberikan oleh pegawai itu dalam menjalankan tugasnya, sama ada kepada pejalan kaki atau kepada pejalan kaki dan lalu lintas lain, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.