Malaysia legislation
Section 76A
Seksyen 76A
Belok kiri dibenarkan
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), Menteri boleh, selepas berunding dengan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerja raya, membuat kaedah-kaedah yang berhubungan dengan pergerakan kenderaan motor dan pejalan kaki dan pendirian isyarat lalu lintas di simpang lalu lintas yang belok kiri dibenarkan.
(3)
Suatu pihak berkuasa yang berkenaan boleh, dengan kelulusan
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerja raya berhubung dengan suatu jalan Persekutuan dan jalan Wilayah Persekutuan yang ditetapkan, dan dalam mana-mana hal selepas berunding dengan
Ketua Pegawai Polis, mengadakan apa-apa isyarat lalu lintas yang didapatinya patut, dan hendaklah menjalankan apa-apa kerja (termasuk meletakkan, mendirikan dan menyenggarakan isyarat lalu lintas) yang dikehendaki berkaitan dengan simpang lalu lintas yang belok kiri dibenarkan.
142 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
(4)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini atau mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini berhubung dengan belok kiri dibenarkan melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada tiga ratus ringgit dan tidak lebih daripada dua ribu ringgit.
Mendirikan isyarat lalu lintas