Malaysia legislation
Section 77
Seksyen 77
(2)
Mana-mana pegawai polis atau pegawai awam lain yang bertindak dalam menjalankan tugasnya boleh menyebabkan atau membenarkan diletakkan dan disenggarakan di mana-mana jalan atau berhampiran dengannya apa-apa isyarat lalu lintas yang perlu atau suai manfaat untuk menguatkuasakan mana-mana peraturan atau perintah yang diberikan atau dibuat dengan sahnya di bawah mana-mana kuasa yang diberikan kepada mana-mana pegawai polis atau orang lain oleh mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan larangan, sekatan, pengawalseliaan atau kawalan lalu lintas atau penggeledahan kenderaan atau orang di jalan itu atau yang perlu atau suai manfaat untuk mencegah atau mengurangkan kesesakan atau galangan lalu lintas atau bahaya kepada atau daripada lalu lintas disebabkan oleh hal keadaan luar biasa:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa isyarat sedemikian boleh disenggarakan bagi tempoh yang lebih lama daripada yang perlu bagi maksud itu.
(3)
Mana-mana orang atau pihak berkuasa awam yang diberi kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk melakukan atau menyebabkan supaya dilakukan apa-apa kerja di suatu jalan hendaklah meletakkan dan menyenggara atau menyebabkan supaya diletakkan dan disenggarakan di mana-mana jalan atau berhampiran
Pengangkutan Jalan 143
dengannya apa-apa isyarat lalu lintas yang perlu atau suai manfaat untuk mencegah atau mengurangkan bahaya kepada orang yang bekerja di jalan itu atau kepada atau daripada lalu lintas semasa kerja itu sedang dijalankan.
(4)
Pemunya atau pekerja mana-mana pengusahaan jalan kereta api, kereta api ringan, atau trem atau apa-apa pengusahaan dok atau pelabuhan boleh meletakkan dan menyenggara atau menyebabkan supaya diletakkan dan disenggarakan di mana-mana jalan atau berhampiran dengannya apa-apa isyarat lalu lintas menurut, atau yang perlu atau suai manfaat untuk menjalankan kuasa tersebut apa-apa kuasa yang diberikan kepada mereka oleh mana-mana undang-undang bertulis.
(5)
Selepas hari ditetapkan tiada apa-apa isyarat lalu lintas selain isyarat lalu lintas yang diletakkan dengan sahnya menurut Bahagian ini boleh diletakkan di mana-mana jalan atau berhampiran dengannya.
(6)
Bagi maksud Akta ini, apa-apa isyarat lalu lintas yang ada pada hari ditetapkan yang diletakkan dengan sahnya di suatu jalan atau berhampiran dengannya sebelum hari ditetapkan, dan yang mematuhi saiz, warna atau jenis menurut seksyen ini atau menurut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai diletakkan dengan sahnya menurut Bahagian ini.
(7)
Isyarat lalu lintas selain notis berkenaan dengan penggunaan suatu jambatan atau isyarat lalu lintas yang diletakkan di mana-mana jalan atau berhampiran dengannya pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (2) atau (3) hendaklah daripada saiz, warna dan jenis yang ditetapkan dan jika ditetapkan sedemikian hendaklah disuarkan dengan lampu atau dengan menggunakan reflektor atau bahan pantulan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan:
Dengan syarat bahawa suatu isyarat lalulintas tidak boleh disifatkan sebagai diletakkan dengan tidak sah di sisi undang-undang di suatu jalan atau berhampiran dengannya semata-mata oleh sebab gagal mematuhi subseksyen ini jika pada pendapat mahkamah penyimpangan daripada saiz, warna, jenis atau penyuaran itu adalah suatu perkara kecil sahaja.
144 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
(8)
Menteri berhubungan dengan suatu jalan Persekutuan dan pihak berkuasa yang berkenaan berhubungan dengan mana-mana jalan lain dalam kawasan pihak berkuasa itu, boleh melalui notis secara bertulis menghendaki pemunya atau penghuni mana-mana tanah yang di atasnya terdapat apa-apa isyarat lalu lintas atau apa-apa benda yang hampir-hampir serupa dengan suatu isyarat lalu lintas sehingga ia mungkin dengan semunasabahnya dianggap sebagai isyarat sedemikian atau apa-apa iklan atau struktur lain yang diletakkan sedemikian sehingga melindungkan apa-apa isyarat lalu lintas daripada pandangan atau untuk mengganggu perhatian pemandu, supaya mengalihkannya atau memotong mana-mana pokok atau tumbuhan yang tumbuh di atas tanah itu dengan apa-apa cara sehingga melindungkan apa-apa isyarat tersebut, dan jika mana-mana orang gagal atau cuai mematuhi notis itu, boleh melaksanakan pengalihan atau pemotongan itu dengan menyebabkan seberapa sedikit kerosakan yang boleh dan boleh mendapatkan balik sebagai hutang sivil daripada orang yang ingkar itu akan perbelanjaan yang ditanggung dalam berbuat demikian:
Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai bagi mana-mana isyarat lalu lintas yang diletakkan di atas tanah itu oleh Menteri atau pihak berkuasa yang berkenaan atau mana-mana pegawai atau pihak berkuasa awam yang bertindak menurut apa-apa kuasa yang diberi oleh mana-mana undang-undang bertulis.
(9)
Menteri atau pihak berkuasa yang berkenaan atau mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya boleh memasuki mana-mana tanah dan menjalankan apa-apa kuasa lain sebagaimana yang perlu bagi maksud menjalankan dan melaksanakan kuasa dan tugasnya di bawah seksyen ini:
Dengan syarat bahawa melainkan jika dengan persetujuan penghuninya, tiada apa-apa kemasukan sedemikian boleh dibuat ke dalam mana-mana rumah kediaman yang sebenarnya diduduki dengan tidak terlebih dahulu memberi notis dua puluh empat jam kepada penghuni tersebut atau selepas matahari terbenam dan sebelum matahari terbit.
(10)
Dalam Akta ini, apa-apa rujukan mengenai perletakan isyarat lalu lintas hendaklah termasuk suatu rujukan mengenai peragaannya
Pengangkutan Jalan 145
dengan apa-apa cara sama ada atau tidak melibatkan pemasangan atau perletakan.
(11)
Mana-mana orang yang dengan sengajanya merosakkan, mencacatkan, mengubahkan, mengalihkan atau mengganggu mana-mana isyarat lalu lintas yang diletakkan dengan sahnya menurut Bahagian ini, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.
(12)
Mana-mana orang selain seorang yang diberi kuasa mengenainya di bawah peruntukan Bahagian ini yang meletakkan di atas mana-mana jalan atau berhampiran dengannya apa-apa isyarat lalu lintas atau benda yang hampir-hampir serupa dengan suatu isyarat lalu lintas sehingga ia mungkin dengan semunasabahnya dianggap sebagai suatu isyarat sedemikian, atau yang meletakkan di atas mana-mana jalan atau berhampiran dengannya apa-apa isyarat atau iklan dengan apa-apa cara sehingga melindungkan daripada pandangan akan mana-mana isyarat lalu lintas yang diletakkan dengan sahnya menurut Bahagian ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit.
Kuasa mengadakan sekatan jalan