Malaysia legislation

Section 7

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 7

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai dalam hal—

(a)

sesuatu kenderaan motor yang tidak berdaftar yang dipunyai oleh dan di dalam milikan seseorang peniaga bagi maksud jualan;

(b)

sesuatu kenderaan motor yang digunakan dengan sah di sisi undang-undang menurut kuasa sesuatu lesen perdagangan kenderaan motor yang diberi kepada pembuat atau pembaiki atau peniaga kenderaan motor di bawah seksyen 22;

(c)

sesuatu kenderaan motor yang dipandu ke suatu tempat atau dari sesuatu tempat yang dinyatakan oleh pegawai pengangkutan jalan bagi maksud pemeriksaan atau ujian, atau semasa diuji oleh seorang pegawai pengangkutan jalan, atau semasa dipandu ke suatu tempat atau dari sesuatu tempat yang dinyatakan oleh pegawai pengangkutan jalan bagi maksud pendaftaran, dan semasa dipandu atau diuji sedemikian membawa suatu tanda pengenalan mengikut Akta ini;

(d)

sesuatu kenderaan motor yang dengan sah di sisi undang-undang dibawa masuk ke dalam Malaysia mengikut seksyen 21 atau dengan kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 25;

(e)

sesuatu kenderaan motor yang didaftarkan di mana-mana negara asing, yang menurut kuasa mana-mana perjanjian antarabangsa dibenarkan untuk dikendalikan di Malaysia di bawah suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Akta

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dan

Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Pengangkutan Jalan 31

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit.

Penyimpanan daftar

Section 7 — ROAD TRANSPORT ACT 1987 | mylaw.my