Malaysia legislation
Section 80
Seksyen 80
Mana-mana orang yang bagi apa-apa maksud meletakkan atau menyebabkan diletakkan apa-apa bonggol jalan, atau apa-apa tali, wayar, rantai, takal atau radas yang seumpama itu melintang sesuatu jalan atau mana-mana bahagian daripadanya dengan apa-apa cara sehingga mungkin menyebabkan bahaya kepada orang atau kerosakan kepada kenderaan-kenderaan yang menggunakan jalan itu adalah, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia mempunyai hak yang sah untuk berbuat demikian dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang perlu untuk memberi amaran yang cukup tentang bahaya itu, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.