Malaysia legislation
Section 81
Seksyen 81
Sekatan ke atas pertandingan dan ujian kelajuan
(2)
Mana-mana orang yang menaja, mengiklankan atau membantu dalam pengurusan atau penyeliaan apa-apa pertandingan atau ujian kelajuan yang tidak diluluskan sedemikian melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
148 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
(3)
Mana-mana orang yang mengambil bahagian dalam atau mana-mana pemandu atau orang yang menjaga sesuatu kenderaan yang digunakan dalam apa-apa pertandingan atau ujian kelajuan yang tidak diluluskan sedemikian, melakukan suatu kesalahan, dan boleh—
(a)
dalam hal sabitan kali pertama, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan jika mahkamah fikirkan patut untuk memerintahkan, hendaklah dihilangkan kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu bagi tempoh masa yang tidak melebihi satu tahun;
(b)
dalam hal sabitan kali kedua dan kemudiannya boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan jika mahkamah fikirkan patut untuk memerintahkan, hendaklah dihilangkan kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu bagi tempoh masa tidak melebihi tiga tahun.
(4)
Mana-mana pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah subseksyen (3)
dan boleh menyita serta menahan bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini, mana-mana kenderaan yang digunakan dalam apa-apa pertandingan atau ujian kelajuan yang tidak diluluskan sedemikian.
Pelucuthakan kenderaan yang digunakan dalam pertandingan atau ujian kelajuan