Malaysia legislation
Section 82
Seksyen 82
(2)
Sesuatu perintah bagi pelucuthakan atau pelepasan sesuatu kenderaan yang boleh dilucuthakkan di bawah seksyen ini, boleh dibuat oleh mahkamah di hadapan mana pendakwaan berkenaan dengan sesuatu kesalahan yang kedua atau yang kali kemudian di bawah subseksyen 81(3), telah atau akan diadakan.
(3)
Jika tidak ada apa-apa pendakwaan berkenaan dengan sesuatu kesalahan yang kedua atau yang kali kemudian di bawah subseksyen 81(3), suatu notis secara bertulis hendaklah diberikan kepada pemunya kenderaan yang disita di bawah subseksyen 81(4), jika diketahui bahawa dia atau ejennya yang diberi kuasa secara bertulis boleh, dalam tempoh satu bulan dari tarikh notis itu, membuktikan tuntutannya terhadap kenderaan itu dan jika tiada tuntutan dibuat dalam tempoh itu, kenderaan yang disita hendaklah dilucuthakkan.
(4)
Di mana pemunya kenderaan yang disita di bawah subseksyen 81(4) tidak diketahui, notis dalam Warta hendaklah diberikan dengan menyatakan bahawa kenderaan itu telah disita dan meminta mana-mana orang yang mungkin mempunyai tuntutan terhadapnya, dalam tempoh satu bulan dari tarikh notis itu, supaya hadir dan membuktikan tuntutannya dan jika kenderaan itu tidak dituntut dalam tempoh yang dinyatakan kenderaan itu hendaklah dilucuthakkan.
(5)
Selepas menerima tuntutan di bawah subseksyen (3) atau (4),
Ketua Pegawai Polis boleh mengarahkan supaya kenderaan itu dilepaskan.
(6)
Mana-mana orang yang terkilan oleh keputusan Ketua Pegawai
Polis di bawah subseksyen (5) boleh merayu kepada Menteri yang mana keputusannya adalah muktamad.
(7)
Tiada seorang pun dalam sesuatu prosiding di mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan mana-mana kenderaan di bawah subseksyen 81(4), boleh mendapatkan kos bagi prosiding
150 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
itu atau apa-apa ganti rugi atau pelepasan lain, selain perintah bagi pengembalian kenderaan itu, melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah atau mungkin.
Kuasa mendirikan perlindungan, jalan bawah tanah dan titian