Malaysia legislation
Section 83
Seksyen 83
Pihak berkuasa yang berkenaan, dengan kelulusan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerja raya berhubungan dengan suatu jalan Persekutuan, boleh—
(a)
bagi maksud melindungi lalu lintas di sepanjang sesuatu jalan daripada bahaya, atau menjadikan lintasan mana-mana jalan kurang bahaya kepada pejalan kaki, mendirikan, menerangi, menyenggara, mengubahkan dan mengalihkan tempat perlindungan di jalan atau membina, menyenggara, mengubahkan dan mengalihkan bonggol di atas jalan, atau membina, menerangi, menyenggara, mengubahkan, mengalihkan dan menutup bagi sementara jalan bawah tanah di bawah jalan itu atau tititan bagi kegunaan pejalan kaki;
(b)
pada bila-bila masa yang difikirkannya perlu atau mustahak untuk keselamatan atau kemudahan pejalan-pejalan kaki, menyediakan lorong kaki yang sesuai dan mencukupi di sisi jalan di bawah kawalannya; dan
(c)
pada bila-bila masa yang difikirkannya perlu atau mustahak untuk keselamatan atau kemudahan kuda yang ditunggang dan ternakan yang digembalakan, menyediakan rumput yang cukup atau ruang lain tepi di sisi jalan di bawah kawalannya.
Kuasa mengalihkan struktur daripada jalan