Malaysia legislation
Section 84
Seksyen 84
(2)
Jika apa-apa struktur yang berkenaan dengannya suatu notis telah disampaikan di bawah seksyen ini tidak dialihkan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, Menteri atau pihak berkuasa yang berkenaan boleh mengalihkan struktur itu:
Dengan syarat bahawa kuasa Menteri atau pihak berkuasa yang berkenaan di bawah subseksyen ini tidak boleh dijalankan sehingga habis tempoh satu bulan selepas tarikh notis itu disampaikan.
(3)
Walau apa pun yang terkandung dalam subseksyen (1) dan (2), jika terdapat kemungkinan mendatangkan bahaya kepada lalu lintas yang berbangkit daripada apa-apa struktur yang disebut dalam subseksyen (1), Menteri atau pihak berkuasa yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengambil apa-apa tindakan yang perlu untuk mengalihkan struktur itu tanpa memberi notis kepada mana-mana orang.
(4)
Jika sesuatu struktur telah dialihkan oleh Menteri atau pihak berkuasa yang berkenaan di bawah seksyen ini dan perbelanjaan mengalihkan dan menahan struktur itu masih belum dibayar dalam tempoh satu minggu selepas tarikh pengalihan itu, Menteri atau pihak berkuasa yang berkenaan boleh, selepas memberikan satu bulan notis secara bertulis kepada orang yang berkuasa mengawal atau memiliki struktur itu sebelum sahaja pengalihan itu, menjual dengan cara lelong awam atau selainnya melupuskan struktur itu; dan apa-apa hasil daripada jualan atau pelupusan itu hendaklah dipakai bagi membayar perbelanjaan mengalihkan dan menahan struktur itu dan lebihannya hendaklah dibayar kepada orang yang berkuasa mengawal atau memiliki struktur itu sebelum sahaja pengalihan itu atau jika
152 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
lebihan itu tidak dituntut oleh orang itu dalam masa tiga bulan selepas tarikh jualan atau pelupusan itu maka hasil itu hendaklah dilucuthakkan menjadi hasil Kerajaan Persekutuan atau pihak berkuasa yang berkenaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(5)
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (4) boleh melarang—
(a)
pelupusan sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Menteri atau pihak berkuasa yang berkenaan apa-apa ikan, daging, buah-buahan, sayur-sayuran atau barangan lain yang mudah musnah, jika ada, yang dialihkan bersama dengan struktur itu, dan apa-apa hasil daripada pelupusan itu hendaklah dipakai mengikut cara yang sama seperti yang diperuntukkan sebelum daripada ini berkenaan dengan hasil daripada jualan atau pelupusan struktur itu; atau
(b)
mendapatkan sebagai hutang sivil kesemua atau sebahagian daripada perbelanjaan bagi mengalihkan atau menahan struktur daripada orang yang berkuasa mengawal atau memilikinya sebelum sahaja pengalihan itu.
(6)
Notis di bawah subseksyen (1) boleh disampaikan sama ada kepada orang itu dengan sendiri atau melalui pos atau dengan menampalkannya kepada struktur yang dimaksudkan oleh notis itu.
(7)
Dalam seksyen ini, ungkapan “struktur” termasuklah apa-apa jentera, pam, tiang, dan apa-apa benda lain yang boleh menyebabkan galangan atau boleh membahayakan lalu lintas.
Pembinaan akses dan parit dan penyusunan pemasangan utiliti awam ke jalan-jalan yang ada