Malaysia legislation

Section 85

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 85

(a)

membina apa-apa jalan akses (termasuk jalan kecil, jalan masuk atau akses cara lain sama ada yang awam atau yang persendirian) untuk menghubungi apa-apa jalan;

Pengangkutan Jalan 153

(b)

membina parit untuk menghubungi parit yang dibina di tepi jalan;

(c)

menjalankan apa-apa jenis kerja daripada apa-apa perihalan dalam, pada, di atas atau di bawah apa-apa jalan, melainkan jika pelan yang mengandungi perincian penyusunan atur berkenaan dengannya (termasuk butir-butir yang boleh ditetapkan)

telah diserahkan dan diluluskan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerja raya berhubungan dengan jalan

Persekutuan, atau pihak berkuasa yang berkenaan yang berkaitan dengan jalan selain jalan Persekutuan, dan Menteri atau pihak berkuasa yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh menolak permohonan tersebut atau membenarkannya di atas syarat yang dikenakan olehnya atau pihak berkuasa itu.

(2)

Jika pada pendapat Menteri atau pihak berkuasa berkenaan wujud—

(a)

kemungkinan bahaya kepada lalu lintas;

(b)

apa-apa pembanjiran, penggangguan atau penghalangan;

atau

(c)

apa-apa kegagalan pematuhan apa-apa syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1), semasa perjalanan, atau yang timbul daripada apa-apa kerja yang disebut di dalam subseksyen (1), Menteri atau pihak berkuasa yang berkenaan boleh, melalui notis secara bertulis menghendaki supaya orang yang padanya kelulusan diberi atau penghuni premis atau tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk mengambil tindakan yang sesuai sebagaimana yang perlu untuk mengalihkan bahaya, atau mengalihkan apa-apa penggangguan atau penghalangan atau menyekat mana-mana parit atau mematuhi syarat yang dikenakan, dalam masa yang dinyatakan dalam notis, yang jika gagal dipatuhi Menteri atau pihak berkuasa yang berkenaan boleh mengambil tindakan yang perlu supaya menghentikan bahaya atau pembanjiran, penggangguan atau penghalangan atau untuk memastikan kepatuhan kepada syarat yang dikenakan.

154 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

(3)

Tertakluk pada subseksyen (6), adalah sah bagi Menteri atau pihak berkuasa yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, melalui notis dalam Warta, supaya menghendaki penutupan atau penyimpangan atau perubahan dibuat pada mana-mana jalan akses

(sama ada dibina sebelum atau selepas permulaan Akta ini).

(4)

Jika apa-apa tindakan telah diambil oleh Menteri atau pihak berkuasa yang berkenaan di bawah subseksyen (2) atau (3), perbelanjaan yang ditanggung dan diperakukan secara bertulis oleh

Menteri atau pihak berkuasa yang berkenaan dalam mengambil tindakan itu adalah hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan atau pihak berkuasa yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh orang yang padanya kelulusan telah diberikan atau penghuni premis atau tanah dan boleh dipotong daripada deposit keselamatan yang dibayar kepada Menteri atau pihak berkuasa yang berkenaan sebagai syarat bagi menjalankan kerja-kerja yang disebut dalam subseksyen (1).

(5)

Jika apa-apa kerja di bawah subseksyen (1) telah dilaksanakan dan didapati bahawa kerja telah dilaksanakan bagi maksud membuat apa-apa perhubungan terus akan apa-apa utiliti awam kepada apa-apa premis atau bagi menyambung parit kepada parit yang dibina di tepi jalan bagi maksud perparitan tanah yang di atasnya parit yang mula disebut dibina, penghuni premis atau tanah hendaklah disifatkan sebagai orang yang menjalankan kerja itu bagi maksud seksyen ini.

(6)

Jika, akibat daripada notis yang dikeluarkan oleh Menteri atau pihak berkuasa yang berkenaan di bawah subseksyen (3) suatu jalan akses yang ada semasa keluarnya notis itu, ditutup sekali dan tiada terdapat jalan akses yang alternatif, Menteri atau pihak berkuasa yang berkenaan mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, sebelum penutupan itu, mengadakan jalan akses yang alternatif:

Dengan syarat jika jalan akses yang alternatif tidak boleh diadakan atau tidak boleh diadakan tanpa menanggung amaun perbelanjaan yang tidak munasabah, tanah yang terlibat hendaklah diperoleh mengikut mana-mana undang-undang yang ada berhubungan dengan pengambilan secara paksa dan pengambilan itu hendaklah disifatkan sebagai bagi maksud awam.

Pengangkutan Jalan 155

(7)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau gagal mematuhi syarat yang boleh dikenakan dalam permit yang dikeluarkan di bawah subseksyen itu melakukan kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun:

Dengan syarat bahawa apa-apa hukuman yang dikenakan di bawah subseksyen ini tidak akan menjejaskan apa-apa liabiliti sivil orang yang padanya kelulusan diberikan atau penghuni premis atau tanah.

(8)

Menteri atau pihak berkuasa yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh membuat kaedah-kaedah bagi mengawal selia dan mengawal penjalanan atau pembinaan apa-apa kerja yang disebut dalam subseksyen (1).

Pembinaan struktur bagi iklan, dsb.

Section 85 — ROAD TRANSPORT ACT 1987 | mylaw.my