Malaysia legislation

Section 86

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 86

(a)

memuat kenderaan yang beratnya lebih daripada berat maksimum yang tertentu;

(b)

memuat kenderaan yang berat gandarnya lebih daripada berat gandar maksimum tertentu; atau

(c)

memuat kenderaan yang beratnya atau berat gandarnya masing-masing lebih daripada berat maksimum yang tertentu apabila berjalan dengan kelajuan lebih daripada kelajuan maksimum yang tertentu,

Menteri atau pihak berkuasa yang berkenaan itu boleh, melalui notis yang mudah dilihat yang diletakkan di suatu tempat yang sepatutnya di tiap-tiap hujung jambatan itu, melarang penggunaan jambatan itu oleh kenderaan yang beratnya lebih daripada berat yang dinyatakan dalam notis itu, atau oleh kenderaan yang berat gandarnya lebih daripada berat gandar yang dinyatakan dalam notis itu apabila berjalan dengan kelajuan lebih daripada kelajuan yang dinyatakan dalam notis tersebut mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

“berat gandar” ertinya berat yang dipindahkan kepada mana-mana jalur permukaan atas mana kenderaan itu terletak yang terkandung di antara mana-mana dua garisan selari yang digariskan sejarak 0.6 meter atas permukaan itu pada sudut tegak dengan paksi membujur kenderaan itu;

Pengangkutan Jalan 157

(b)

“diletakkan di suatu tempat yang sepatutnya” ertinya diletakkan pada sesuatu kedudukan sama ada di jambatan itu atau berhampiran dengannya atau atas jalan atau berhampiran dengannya yang menghala ke jambatan supaya mudah dilihat daripada jarak yang munasabah oleh pemandu kenderaan yang menghampiri jambatan itu;

(c)

“berat” ertinya berat sebenar kenderaan itu pada masa itu, termasuk berat tiap-tiap orang dan benda yang dibawa di atasnya atau olehnya, dan bagi maksud perenggan ini, sesuatu kenderaan dan apa-apa treler yang ditarik olehnya hendaklah disifatkan sebagai suatu kenderaan tunggal.

(3)

Jika sesuatu kenderaan dipandu ke atas atau menyeberangi sesuatu jambatan dengan melanggar seksyen ini, mana-mana orang yang memandu kenderaan itu sedemikian, atau menyebabkan atau membenarkan kenderaan itu dipandu sedemikian adalah, tanpa menjejaskan apa-apa liabiliti sivil yang ditanggung olehnya jika kerosakan berlaku pada jambatan itu atau selainnya, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(4)

Jika dalam apa-apa prosiding di bawah seksyen ini pendakwa memuaskan hati mahkamah bahawa ada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa berat kenderaan itu lebih daripada berat maksimum yang dinyatakan dalam notis itu, atau bahawa apa-apa berat gandar kenderaan itu lebih daripada berat gandar maksimum yang dinyatakan sedemikian, maka beban adalah terletak pada defendan untuk membuktikan bahawa berat kenderaan itu, atau tiap-tiap berat gandar kenderaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak lebih daripada berat maksimum atau berat gandar maksimum itu.

(5)

Jika berat muatan maksimum yang dibenarkan bagi sesuatu kenderaan ditunjukkan dengan tanda yang diletakkan padanya mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa, maka berat kenderaan itu hendaklah dikira sebagai tidak kurang daripada berat yang ditunjukkan sedemikian, melainkan jika orang yang dipertuduhkan dengan suatu kesalahan di bawah seksyen

158 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

ini membuktikan, hingga memuaskan hati mahkamah, bahawa pada masa kenderaan itu lalu di atas jambatan itu berat kenderaan itu adalah kurang daripada berat yang ditunjukkan itu.

Peruntukan mengenai lalu lintas luar biasa

Section 86 — ROAD TRANSPORT ACT 1987 | mylaw.my