Malaysia legislation

Section 87

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 87

Jika, berkenaan mana-mana jalan, setelah memandangkan perbelanjaan purata bagi membaiki jalan tersebut atau jalan-jalan seumpama itu yang lain dalam kawasan itu, perbelanjaan luar biasa telah ditanggung dalam membaiki jalan tersebut oleh kerana kerosakan yang disebabkan oleh berat berlebihan kenderaan yang lalu pada jalan itu atau oleh apa-apa lalu lintas luar biasa yang lain di atasnya, Kerajaan atau pihak berkuasa yang berkenaan yang telah menanggung perbelanjaan itu boleh mendapatkan daripada mana-mana orang yang berikutan atau akibat daripada perintah atau perbuatannya lalu lintas itu telah dijalankan atau dikendalikan, atau daripada pemunya kenderaan yang menjadi lalu lintas, amaun perbelanjaan tersebut sebagaimana dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah yang mengambil tahu tentang kes itu sebagai telah ditanggung oleh sebab kerosakan yang berbangkit daripada berat atau lalu lintas yang luar biasa itu.